fbpx

Dangal

Semalam TV3 menyiarkan filem “Dangal” ini.

Filem berdasarkan kisah benar yang dilakonkan oleh pelakon hebat  Afyan Khan, maaf Aaamir Khan.

Untuk menjayakan filem ini ini Aamir sanggup “memboroikan” dirinya supaya dapat menghayati watak sebagai seorang bekas jaguh gusti yang sudah bersara.

Filem ini lari dari filem-filem Hindustan lain yang terlalu klise.

Tanpa kisah cintan cintun.

Tanpa kisah orang kaya yang jahat lawan orang miskin yang baik.

Tanpa kisah inspektor sahab yang songlap dan rasuah.

Tak ada cerita anak dihalau oleh ibu bapa kerana tak ikut arahan.

Tak ada cerita hukum karma.

Tak ada tunjuk rumah orang kaya bagai istana.

Yang paling penting tiada babak menyanyi dan menari dengan suara yang merdu walaupun anak yatim miskin yang tak pernah belajar vokal dan kekas menari, sambil tukar baju 2-3 pasang, sambil orang kampung datang menari.

Itulah realitinya. Dan kisah ini pun memang berdasarkan kisah benar.

Kisahnya seorang ayah (bekas penggusti handal negara) yang melatih anak-anak perempuannya menjadi jaguh sukan gusti.

Plan asalnya untuk dapatkan zuriat lelaki, tapi malangnya kesemua anaknya perempuan walaupun beberapa percubaan dibuat.

Apabila anak-anaknya menginjak remaja, si ayah tadi pun mendapat idea untuk melatih anak-anak perempuannya itu selepas insiden pergaduhan anak-anaknya di sekolah dengan pelajar lelaki.

Sebak juga masa babak anak-anak perempuan tu kena potong rambut, sebab nak penuhi hasrat si bapa. Lepas tu siap kena ejek apabila ke sekolah.

Kemudian kena berlatih saban hari, bangun awal pagi, berlari, bersukan dan sebagainya.

Anak-anak tadi menyangka mereka dihukum dek kerana bergaduh tadi. Tapi sebenarnya bukan.

Dipendekkan cerita, akhirnya sekali anak-anak tadi berjaya menjadi jaguh gusti peringkat daerah hingga ke peringkat kebangsaan dan kemuncaknya salah seorang berjaya ke peringkat antarabangsa!

Apa yang bestnya?

Si ayah mempunyai visi dan misi yang jelas iaitu untuk melahirkan tokoh gusti yang sepatutnya diwarisi darinya.

Walaupun mempunyai halangan besar iaitu tiada anak lelaki sebagaimana diidamkan, tapi ia bukan halangan.

Si ayah nampak “big picture” tapi tidak si anak pada awalnya.

Si ayah bukan sekadar ayah tapi juga mentor, coach, guru, sifu dan sebagainya.

Anak yang masih kecil kadang-kadang memberontak apabila disuruh itu dan ini oleh si ayah. Mereka tak nampak apa yang ayah mereka nampak.

Apabila si anak tadi mengecap beberapa kejayaan, dia memasuki kolej elit yang mengumpulkan bakat-bakat sukan negara India. Di sini dia jauh dari keluarga dan mula melanggar nasihat si ayah.

Dia menganggap cara dan teknik ayahnya sudah ketinggalan, lapuk dan cara kampung. Dia lebih teruja dengan teknik baru yang dipelajarinya di kolej. Si ayah berkecil hati dan memendam rasa.

Hendak dijadikan cerita, akibat tidak patuh disiplin yang ayahnya gariskan, si anak tadi mula kecundang satu demi satu perlawanan dan akhirnya kembali merujuk si ayah.

Walaupun pernah disakiti oleh si anak, si ayah tetap menerimanya kembali. Babak si anak menelefon ayahnya sambil menangis teresak-esak juga juga sangat terkesan.

Boleh diterjemah dalam kehidupan, pentingnya guru dan mentor untuk memandu kita.

Walau setinggi mana kita terbang, jangan lupa jasa guru yang memimpin tangan sewaktu kita bertatih. Yang mengajar dan membimbing sewaktu kita rabun.

(SELINGAN: Dalam bisnes takaful dan unit trust pun sama. Waktu nak belajar, leader kita cari. Waktu tak pandai, semua kata leader kita ikut. Waktu susah, pinjam duit leader.

Apabila mula senang, kata leader dah tak ikut. Apabila komisen makin besar, kepala pun makin besar. Dah kecap kejayaan sikit, rasa dah tak perlukan mentor. Duit leader yang dipinjam pun dah tak reti nak bayar.

Kemudian mula buat hal. Kena tegur sikit, terus merajuk dan nak keluar ejensi. Muahahahaha. TAMAT SELINGAN)

Siapa yang dah tengok? Kita geng!

Mana babak yang paling mengesankan?

Kalau tanya saya, babak kena potong rambut kemudian kena gelak di sekolah. Saya pun pernah rasai dulu waktu bersekolah. Cuma bukan sebab kena potong rambutlah. Apabila besar baru sedar. Apa kisahnya? Biarlah rahsia 🙂

Satu lagi, Aamir Khan sanggup boroi kan dirinya demi untuk kerjaya. Saya sedang lakukannya sekarang, pengorbanan ayah untuk anak-anak 😆

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Bukan peminat filem Hindustan dan juga bukan pengulas filem. Hihi…

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com