Senangnya dalam hati, Kalau pakai kad kredit, Seperti dunia, ana empunya…. Kepada kad kredit utama, Ana sayang padanya, Kepada kad kredit kedua, I amat perlukan U… (korus) Kad platinum dah limit, Guna pula kad kredit gold, Kalau dua-dua dah limit, Ana pakai tiga! Mesti pandai memborong, Mesti pandai membeli, Tapi jangan sampai, Habis kredit limit.
“Bisnes umpama mengendalikan kapal terbang. Saat paling kritikal adalah ketika ‘take-off’ untuk berlepas; memerlukan sepenuh komitmen dan tenaga untuk pastikan ia berlepas dan tidak terbabas keluar landasan. Minit-minit pertama menjadi penentu ia terbang dengan selamat. Begitu juga dalam bisnes, 3 tahun pertama adalah masa paling kritikal untuk pastikan ia ‘terbang’ dengan jayanya, memerlukan sepenuh komitmen
Eh, seperti tagline syarikat penerbangan pula tajuk tulisan saya hari ini 🙂 Sudahkah saudara memulakan simpanan untuk menunaikan haji? Sekiranya belum, eloklah mulakan sekarang. Bak kata pepatah Cina, masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 10 tahun yang lalu, dan masa kedua terbaik adalah sekarang. Haji: Simpanan vs Pelaburan Saya teringat, beberapa tahun lalu, selepas
IKHLAS Senior Citizens: Takaful Untuk Warga Emas Seingat saya,sepanjang saya mengendalikan blog www.afyan.com, saya tidak pernah mempromosi mana-mana produk takaful secara spesifik. Sepanjang saya berblog, saya lebih menumpukan kepada penerangan konsep perlindungan takaful dan pengurusan kewangan peribadi. Ia boleh digunakan untuk semua orang tidak kira pelanggan Takaful IKHLAS atau syarikat-syarikat takaful lain di Malaysia. Tetapi,
Skim Infinity Downline mengingatkan saya peristiwa kira-kira 10 tahun lalu. Ia berlaku kira-kira pada tahun 2000. (kalau dalam filem atau drama Melayu, bunyi sound-track flashback akan berkumandang dan skrin akan menjadi kabur sebentar dan babak seterusnya dalam warna suram atau hitam-putih) 2000 – “ter”jebak. Pada tahun tersebut saya baru kira-kira setahun jagung menjejakkan kaki di
Bagaimana Mula Menyimpan? (2) https://www.afyan.com Tulisan ini adalah sambungan daripada tulisan saya sebelum ini dengan tajuk yang sama. Jika sebelum ini, saya menyentuh tentang “berapakah jumlah yang sepatutnya disimpan?”, kali ini adalah tentang “bagaimanakah untuk menyimpan”. Bagaimanakah untuk menyimpan? Serba sedikit ia telah disebut di dalam tulisan terdahulu, ada dua cara asas untuk memulakan simpanan.
Tips: Bagaimana Untuk Menyimpan? (1) https://www.afyan.com “Bagaimana mula menyimpan?” soalan ini bertalu-talu ditanya kepada saya melalui emel, dan juga facebook. Lebih-lebih lagi selepas saya menulis tentang perancangan simpanan pendidikan anak-anak dalam tulisan-tulisan lepas di blog ini. Antara persoalan-persoalan yang kerap ditanya di facebook saya: bagaimana cara untuk menyimpan? SIMPANAN merupakan satu tahap yang paling penting
Tulisan ini adalah sambungan daripada tulisan sebelum ini yang bertajuk Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak. Manakah instrumen yang terbaik? Sekiranya kita menemui seorang wakil takaful untuk meminta plan terbaik bagi pendidikan anak-anak, sudah tentu dia akan mencadangkan plan takaful pendidikan. Sebaliknya, sekiranya kita menemui seorang ejen unit amanah bagi tujuan yang sama, maka sudah tentu
Simpanan Pendidikan Anak “Apakah instrumen terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak saya?” soalan begini begitu rutin kepada saya selaku seorang perunding takaful dan kewangan Islam. Sebenarnya jawapan bagi soalan di atas sudah terkandung di dalam soalan tersebut! Jawapannya ialah simpanan. Ya, instrumen terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak adalah SIMPANAN! Mungkin jawapan saya ini diskredit
Tulisan ini adalah sambungan tulisan sebelum ini Tiga Abdul dan Faraid : Ilmu Yang Semakin Dilupakan Hikmah Faraid Salah satu hikmah Allah menurunkan ilmu faraid ini adalah untuk mengelakkan berlakunya perebutan harta pusaka peninggalan si mati. Semua ahli waris mendapat hak masing-masing. Ini adalah keadilan menurut Islam. Ia berbeza dengan proses pembahagian harta bagi orang