Cerita di sebalik penarikan rider elaun hospital: Ketika ejen ‘cipta’ claim palsu
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/e02925c4-0089-4edd-8b7e-38454277655d.jpg?resize=678%2C678&ssl=1)
Dulu-dulu tahun 2009 masa medical card mula-mula muncul, rider elaun hospital sangat popular untuk dipadankan bersama medical card.
Namun disebabkan ada kes misleading sehingga ada kompeni takaful besar tarik balik produk ini daripada pasaran.
Apa yang berlaku ialah ejen berkomplot dengan pelanggan dan doktor untuk memalsukan claim hospital.
Perkara itu “kantoi” apabila pihak syarikat melalui bahagian claim mereka mula perasan ada klien berkenaan akan masuk hospital setiap kali cuti sekolah.
Hendak dijadikan cerita, pada satu kali pihak claim menerima report klien tersebut masuk hospital, terus mereka buat “spot-check” ke hospital berkenaan dan mendapati klien tiada di hospital!!!!
Bagi kes tersebut, claim yg dilakukan bukan oleh seorang tapi satu keluarga! Mereka sebenarnya pergi bercuti setiap kali cuti sekolah dan kemudian palsukan laporan kemasukan ke hospital.
Jadi mereka bercuti menggunakan duit claim palsu menggunakan takaful. Kreatif kan?
Kes ini sudah menjadi open secret di kalangan ejen-ejen senior yang sudah lama dalam industri. Ejen berkenaan pun sudah diambil tindakan dan disenarai hitamkan daripada industri. Sebelum itu memang ejen berkenaan show off dengan kereta mewah.
Itu kes yang kantoi, yang tak kantoi mungkin banyak lagi. Atas dasar untuk mengelakkan lebih ramai ejen yang melakukan salah laku berkenaan, kompeni berkenaan menamatkan produk berkenaan dan diperkenalkan kembali dengan syarat yang ketat iaitu untuk polisi dengan caruman yang tinggi sahaja.
Sekarang ni dah tak banyak syarikat yang ada manfaat elaun hospital.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran