fbpx

Contohi Menteri Kesihatan

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 228Words
  • 427Views

Dalam banyak-banyak menteri di Zaman Malaysia Baru, Menteri Kesihatan ini yang paling perform, tidak memerlukan kontroversi yang tidak wajar dan konsisten.

Cara kerja Dr Dzulkifly Ahmad wajib dicontohi oleh para menteri lain sekiranya Kerajaan Malaysia Baru hendak kekal lama memerintah Malaysia.

Isu larangan merokok contohnya.

Ia menimbulkan polemik dan kontroversi tapi ia kontroversi yang wajar serta fokus kepada isu utama. Tidak ada isu picisan yang tiada kaitan dengan isu utama yg menjejaskan isu asal dan reputasi beliau sebagai menteri.

Beliau juga tak masuk campur urusan kementerian lain, urusan menteri-menteri lain. Tak perlu tunjuk pandai kepada media untuk respon isu semasa yang tak ada kaitan dengan kementerian beliau. Tak perlu buat warkah terbuka.

Larangan merokok ini juga selari dengan Visi Kementerian Kesihatan iaitu “Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.”

Dan ia juga konsisten dari awal hingga kini, tanpa perlu U-Turn. Dari larangan merokok di parlimen hingga ke larangan merokok di restoran. Dari larangan merokok hingga ke larangan menggunakan vape dan shisha.

Nampak tak?

Ada 3 kata kunci penting:

1. Fokus kepada tugasan utama
2. Tiada kontroversi picisan
3. Konsisten.

Jika sellllurrrruuuh menteri Kerajaan Malaysia Baru dapat contohi Dr Dzul dengan 3 cara kerja di atas, parti pembangkang PAS mahupun BN pasti sukar untuk menawan Putrajaya pada PRU akan datang.

@kementeriankesihatanmalaysia 
@dzulkefly_ahmad 
#malaysia #malaysiabaru #pakatanharapan #pas #bn #umno

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Walaupun dalam mood bercuti, semalam seharian berkelana di selatan tanah…