Berkelana Bertemu Otai Industri Takaful Tanah Air

Walaupun dalam mood bercuti, semalam seharian berkelana di selatan tanah air untuk bertemu otai-otai dalam industri takaful tanah air.

Dari pagi hingga ke tengah hari di pejabat Usrah Associates Melaka bertemu GAM Tn Hj Samian Senin, Top Group Agency Manager (GAM) di Takaful IKHLAS yang juga Presiden Usrah Associate.

Beliau baru sampai dari KK jam 1 pagi itu, pagi-pagi terus masuk ke pejabat. Tabik dengan komitmen, disiplin dan cara kerja beliau. Bersama beliau, AM-AM beliau Tuan Nasir dan Tuan Masron.

Seronok lihat pejabat beliau, dengan 7 orang staf, bilik training yang lengkap malah asrama untuk ejen-ejen baru.

Selepas tengah hari, terus bergegas ke Seremban pula.

Petangnya, temujanji dengan Cikgu Wahab, bekas Presiden Persatuan Agen Takaful IKHLAS Se-Malaysia. Seorang bekas guru yang sanggup tinggalkan kerjaya stabil dalam bidang pendidikan untuk fokus dalam bisnes takaful dan sekarang sebagai GAM Usrah Associate Seremban.

Asalnya lokasi temujanji di pejabat beliau, kemudian bertukar ke Seremban Gateway.

Berbincang dengan isu-isu operation dan teknikal serta strategi bisnes. Banyak hal-hal sulit dan rahsia saya berjaya korek.

Lewat petang pula bertemu dengan Tuan Hushainy, yang juga GAM Darul Sufi Associate yang menjalan bisnes takaful keluarga dan takaful am yg berjaya. Jarang agensi yang berjaya menjalankan bisnes takaful am dan bisnes takaful keluarga serentak dan berjaya kedua-duanya seperti Darul Sufi.

Dapatkan pengalaman daripada beliau yang sedang membangunkan Agency Leadership Coporation (ALC) Bumiputera pertama.

Teruja dengan kisah-kisah bisnes beliau yang berani mengambil risiko besar dalam bisnes. Pernah rugi RM100,000, satu jumlah yg cukup besar bagi saya.

Temujanji terakhir dari lepas isya hingga lewat malam dengan Tuan Kamal Idris, GAM Titans Agency. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri insurans dan takaful. 14 tahun beliau berada dalam syarikat insurans konvensional antarabangsa sebelum berhijrah ke syarikat takaful tempatan.

Belajar degan beliau bagaimana strategi membangunkan ejen-ejen fulltime dan komited. Banyak juga ilmu-ilmu kandungan polisi yang saya belajar dari beliau yang selama ini saya sangka saya sudah tahu.

Kata-kata keramat yang saya pegang “Nobody have make right decision. But we must make our decision right”

Terima kasih tak terhingga buat semua kekanda yang sudi bertemu adinda semalam. Semoga kanda semua diberkati Allah dan dimurahkan rezeki. Doakan adinda berjaya seperti Kakanda semua 😊

Satu perkara besar yang saya belajar dari semua mereka ialah DISIPLIN. Mereka berjaya kerana mereka ada disiplin.

Perkara kedua yang saya belajar ialah, untuk berjaya dalam bisnes takaful tak perlu followers ramai pun. Kbai…

Afyan Mat Rawi
GAM baru nak up.

(Gambar terakhir dengan tokoh tidak asing lagi. Terserempak beliau semalam)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com