fbpx

Covid-19 : Rakyat Mengalu-Alukan Inisiatif

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 111Words
  • 311Views

Image may contain: 1 person

Majoriti rakyat mengalu-alukan inisiatif ini untuk meringankan beban di waktu krisis sebegini.

Dalam masa sama perlu juga inisiatif untuk rakyat yang tiada KWSP.

Cuma kerisauan untuk jangka masa panjang, dana yang sepatutnya digunakan untuk persaraan nanti semakin sedikit.

Justeru, sayugia dicadangkan selepas tamat krisis nanti, kerajaan mengambil inisiatif untuk meningkatkan literasi kewangan di kalangan rakyat Malaysia.

Ia supaya meningkatkan kemampuan kewangan di kalangan rakyat menghadapi krisis dalam masa sama mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

Berdasarkan statistik, 9 daripada 10 rakyat Malaysia tidak ada wang simpanan RM1,000 jika berlaku kecemasan. The struggle is real.

Sangat membimbangkan jika majoriti rakyat terpaksa bergantung hanya kpd KWSP sebagai dana kecemasan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Inisiatif pengeluaran KWSP RM500 untuk bantuan kewangan krisis Covid-19. No…