fbpx

Dalam BMF Kita Akan Utamakan Produk Halal Muslim

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 320Words
  • 426Views

1. Satu lagi usaha untuk menggagalkan usahakan kempen #BMF #BMBF dan memberi persepsi buruk terhadap kempen ini ialah dengan mengatakan bahawa keutamaan sepatutnya ialah kepada sokong produk halal dan boikot produk haram.

2. Sebenarnya kempen sokong produk halal & boikot produk haram tak sama malah mungkin secara halus mengatakan BMF adalah tidak wajar. Saya tak ada masalah dgn kempen tersebut asalnya. Tapi apabila mula membandingkan dgn BMF dan mengatakan BMF tak wajar, saya perlu berikan penjelasan.

3. Beli produk halal tak semestinya BMF, tapi BMF secara automatik adalah sokong produk halal. Sebab, belum ada lagi mana-mana pihak dalam kempen ini mempromosi produk haram keluaran Muslim.

4. Pihak yang mengulang-ulang bahawa keutamaan mereka lebih utamakan kempen sokong produk halal dan boikot produk haram, seolah-olah ingin memberi gambaran bahawa kempen BMF tidak memboikot produk haram.

5. Walhal, dalam kempen-kempen yang kita jalankan secara jelas mengatakan bahawa keutamaan memilih produk Muslim adalah apabila terdapat pilihan produk halal keluaran Muslim dengan non-Muslim BUKAN memilih produk Muslim yang halal tidak kira haram halal.

6. Kadang-kadang pening juga dengan golongan sebegini. Nak kata tak faham bahasa, belajar tinggi. Tak habis-habis mencari cacat cela kempen BMF.

7. Buat rakan-rakan penyokong BMF yang membaca tulisan ini, tak perlu berikan label negatif kepada pihak tersebut dengan gelaran negatif seperti RBA, kafir, macai DAP, mahacai dan sebagainya. Ia akan dijadikan modal mereka untuk memburukkan kempen BMF.

8. Tujuan tulisan ini adalah untuk memberi penjelasan kepada pihak yang masih mengkritik dan memberi persepsi negatif terhadap kempen BMF.

9. Saya hormati pendirian kalian dan kita berbeza pandangan secara matang dan sejahtera.

10. Jadi kesimpulannya, pihak yang mengatakan bahawa keutamaan sepatutnya memilih produk halal dan boikot produk haram, sebenarnya tidak menyokong BMF. Sebab dalam BMF kita akan utamakan produk halal Muslim terlebih dahulu. Ia berbeza dan saya hormati pandangan kalian.

11. Justeru, sebagaimana saya hormati pihak yang tidak menyokong BMF, saya juga hormati pihak yang menggesa kempen boikot produk non-Muslim.

Afyan Mat Rawi
10 Muharram 1441

sumber gambar

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Aiman Zaki Salleh  Hutang atas hutang. Kita…