Kesan Daripada Wabak Covid-19

www.debt.org/wp-content/uploads/2019/03/Bankrup...

Selagi mana wabak Covid-19 ini tiada penawar, maka akan berlaku kesan domino.

  • Syarikat-syarikat mengalami kesukaran beroperasi
  • Ia membawa kepada pengecilan saiz dan operasi
  • Ramai pekerja yang akan diberhentikan
  • Mereka yang diberhentikan akan mengalami masalah kewangan
  • Kuasa membeli rakyat Malaysia akan berkurangan
  • Bagi yang ada persediaan kewangan pun akan lebih berhati-hati berbelanja
  • Apabila kurang berbelanja, ekonomi negara akan perlahan
  • Jumlah hutang bank yang tidak dibayar akan meningkat
  • Rumah dan kereta lelong akan bertambah
  • Pemilik rumah yang perlukan tunai segera akan jual rumah dengan harga yang lebih rendah dari nilai pasaran
  • Jika tidak terjual, ia berisiko untuk dilelong dan lambakan rumah lelong bertambah
  • Dalam ekonomi getir, sukar untuk mendapatkan pembeli rumah yang berkemampuan
  • Akan berlaku juga ibu bapa yang memberhentikan anak-anak yang bersekolah swasta serta kelas-kelas tambahan dan tuisyen berbayar untuk ringankan kos
  • Ia akan memberi impak kepada bisnes sekolah swasta dan penyedia kelas tuisyen
Yang kurang terkesan ialah pekerja sektor kerajaan, selagi mana kerajaan tidak memotong gaji pekerja.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com