Dalam Pelaburan Ada Pemangsa Dan Mangsa

  • Reading:1Minute:
  • PostView Count:3Views

 

Dalam setiap jenis pelaburan, akan ada pemangsa dan scammer yang menunggu.

Dalam pelaburan emas dulu, ada pemangsa namanya Tok Belagak.

Dalam pelaburan hartanah, pernah ada kisah Sifu hartanah nilai, pernah ada kisah sedih rumah Alfafa oleh Ustax Norsham.

Perkara sama yang sedang berlaku sekarang.

  • Ada mata-mata yang sedang mencari mangsa. Ada Tok Belagak dan Norsham versi lain.
  • Ada yang mempromosi pelaburan saham “letak modal dapat duit bulan-bulan.”.
  • Ada yang mempromosikan Private Mandate “letak modal dan dapat duit bulan-bulan”.
  • Ada yang mempromosikan matawang kripto “letak modal dan dapat duit bulan-bulan”.
  • Ada yang menggunakan gambar-gambar tokoh dan ilmuan untuk menarik pelabur.
  • Ada yang menggunakan testimoni-testimoni mengasyikkan untuk menarik mangsa.
  • Ada yang mengaku sebagai Marketing Representative walaupun tak ada lesen pun.

 

Pelanduk selalu lupakan jerat. Tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk.

 

Berhati-hati kawan.

Jika jumpa, lebih baik lari jauh-jauh 100km/j kemudian berehat sebentar dan fikir sejenak, sejauh mana kebenaran dan logiknya.

Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Klik www.bukuBMW.com

Topik tentang pelaburan adalah satu satu dalam modul buku ini.

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Dipetik dari FB Ahmad Mustapha Ahmad 11 langkah mudah untuk…