Salah Siapa?

Image may contain: text

Satu pihak duk ulang-ulang:

“Ini semua salah kerajaan lama, tak bendung awal-awal kemasukan pelancong China dari awal tahun hari tu. Kalau dari awal sekat pelancong luar terutama dari China, takkan jadi macam sekarang.”

Satu lagi pihak pula balas:

“Ini semua salah kerajaan hari ini. Masa nak masuk pintu belakang, hari Ahad pun boleh buat kerja kumpul di Sheraton. Tapi untuk rakyat, Sabtu Ahad main golf, Isnin baru nak meeting. Meeting pula tak ajak MB & KM negeri pembangkang”.

Kemudian pihak sana pula balas:

“Ini semua sebab korang yang asyik duk berpolitiking, letak jawatan sampai kerajaan runtuh. Duk berebut jawatan nak jadi PM, lepas PM letak jawatan, rumah dah roboh. Dah roboh mana ada istilah pintu depan, pintu belakang.”

Kemudian pihak satu lagi balas:.

” Korang tau tak. Masa kitorang, kes Coronavirus ni terkawal. Mana ada orang mati? Mana ada sampai masjid kena tutup? Mana ada sampai beratus-ratus kes sehari? Mana ada meeting tak panggil MB & KM negeri pembangkang? Korang tak pandai perintah kerajaan, sebab tu jadi gini!

Pihak satu lagi pula jawab:

“Ini semua salah kerajaan lama, tak bendung awal-awal kemasukan pelancong China dari awal tahun hari tu. Kalau dari awal sekat pelancong luar terutama dari China, takkan jadi macam sekarang.”

Kemudian ia akan ulang balik dari awal.

AKU: Korang ulang la sampai MAMPOS.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com