fbpx

Dari Peniaga Pasar Malam Ke Perunding Kewangan

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 370Words
  • 455Views

Mungkin ramai tak tahu, saya pernah menjadi berniaga di bazar Ramadan dan pasar malam.

Setiap kali bulan Ramadan begini saya akan terkenang pengalaman berniaga di bazar Ramadan.

Sebenarnya bukan bisnes saya, tapi bisnes makcik saya.

Paling menggamit memori, ketika saya grad bulan Oktober 2003, berkebetulan bulan Ramadan dan seperti biasa saya membantu makcik saya di bazar Ramadan. Sebenarnya sebelum grad lagi dah berjinak-jinak

Bulan tu betul-betul saya grad daripada UIAM.

Saya pernah berniaga di beberapa tapak bazar Ramadhan di Gombak dan Batu Caves seperti di bazar Ramadan Taman Samudera, bazar Ramadan Taman Amaniah dan bazar Ramadan Kampung Nakhoda.

Semuanya skitar tahun 2003 hingga 2005 tak silap saya, sebelum makcik saya berpindah ke kampung. Sebenarnya ketika belajar di UIA pun selalu juga bantu beliau berniaga.

Didatangi pensyarah

Pernah beberapa kali, ketika berniaga, bekas lecturer saya di UIAM datang membeli dan terkejut. Ada juga kawan-kawan dari kalangan senior dan junior yang pernah terserempak.

Mana taknya, graduan undang-undang tapi berniaga bazar Ramadhan. Sampai jadi bualan di kalangan junior di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIA. Atau lebih dikenali sebagai AIKOL – Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws.

Pernah juga rakan-rakan terserempak saya berniaga dan kecoh “gossip” di kalangan junior saya tidak mahu chambering kerana ingin berniaga bazar Ramadhan.

Saya tergelak kecil apabila ia sampai kepada saya, bagaikan modul “telefon buruk” cerita asal saya berniaga bazar Ramadhan yg tiada kaitan dengan saya tidak chambering menjadi pelbagai versi dan riwayat apabila ia berpindah dari satu mulut ke satu mulut.

Salah satu versi yg agak “sadis” diabadikan oleh Sdra Amin Idris di dalam bukunya Magnet Diri. Ada rakan-rakan yang pernah baca buku tersebut?

Keratan akhbar ini pula tahun 2017. Rambut masih lebat.

Jika ia terbit tahun 2021, mungkin tajuknya berubah menjadi

“Dan kini peniaga pasar malam yang menjadi perunding kewangan ini menerbitkan Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW pula”

Hahahaha. Berangan tak salah kan?

Ramai ke nak tahu kisah hidup pahit maung saya selepas grad sehingga sekarang?

Kalau ada ramai yang nak tau, nanti saya kongsi sedikit demi sedikit.

Cer like banyak-banyak sikit. Baru la semangat saya nak kongsi. Lepas tu klik share. Hehe

Oh ya, jangan lupa dapatkan eSeminarBMW,  dan dapatkan juga buku Bijak Merancang Wang di BukuBMW, setebal 320 muka surat halaman warna.

Ketik BukuBMW
Ketik BukuBMW
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebenarnya, kekayaan harta sebenar bukan dinilai daripada berapa banyak pendapatan…