fbpx

Kekayaan Bukan Dinilai Daripada Banyaknya Pendapatan Kita

  • 4 years ago
  • 5Minutes
  • 847Words
  • 321Views

Sebenarnya, kekayaan harta sebenar bukan dinilai daripada berapa banyak pendapatan kita semata-mata.

Tapi ia juga bergantung kepada berapa belanja kita dan berapa simpanan dan aset yang boleh kita bina.

Bayangkan kalau gaji RM20,000 pun tapi hujung bulan selalu kering dan hutang keliling pinggang tu

Baca pengalaman seorang banker dan bekas CEO koperasi yang pernah dapat gaji dekat-dekat RM20,000.

Kalau waktu bisa diputar balik ke belakang, saya nak balik ke tahun 2005. Tahun itu saya baru tahun pertama masuk kerja lepas grad dari UIA.

Tempat kerja pertama saya ialah KFH. Gaji pertama saya ialah RM2,400. Banyak giler rasanya masa tengok dalam letter offer. Happynya tak terkata.

Tapi masa hari terima gaji, baru saya tahu RM2,400 tak la besar mana. Tolak bayar kereta (saya dah setahun berkahwin dan bakal menimang cahaya mata sebulan lepas masuk kerja), tolak sewa rumah, tolak KWSP, tolak sana tolak sini… tinggal lah tak seberapa bakinya.

Dengan gaji RM2,400 itu saya sudah layak buat hutang. Kredit card saya apply, personal financing pun saya apply. Semua lulus dengan cemerlang. Itu kesilapan pertama yang saya buat.

Lepas 3 tahun saya pindah ke HSBC. Gaji permulaan RM7,500 dan macam-macam benefit sebagai pekerja bank yang antara staf benefit tercanggih zaman tu.

Gaji meningkat, lifestyle pun mesti kena upgrade kan? Maka saya buat kesilapan kedua. Saya beli Mercedes C Class baru. Waktu tu kad kredit pun dah tambah lagi 1. Buat apa ntah. Memang cari nahas kot.

Personal financing saya buat overlapping. Buat hutang lebih besar kononnya boleh dapat lebihan la. Boleh la belanja mana yang perlu kan? Tapi tak sedar itu hanya neraka wang yang lebih besar.

Paling berhantu ialah kad kredit. Niat asal nak guna untuk isi minyak dan beli tiket flight. Nanti boleh kumpul point. Nak bayar full je.

Tapi siapa-siapa yang biasa guna kredit kad dia tahu la. Memang syaitan besar kan? Tujuan asal yang suci murni hilang entah ke mana. Daripada nak selalu bayar full, jadi selalu bayar minimum 5% saja.

Pindah pula kerja di CIMB. Gaji dah cecah RM16,000. Makin besar makin kaya katanya. Tapi makin banyak duit, makin banyak habisnya. Ini memang bahana takde ilmu. Dan memang saya takde ilmu pengurusan kewangan pun. Nama je kerja bank gaji 5 angka. Cash flow selalu negatif!

Masa tu, saya tukar jugak kereta wife dari Toyota jadi Volkswagen. Kereta ayah dengan nak pun saya yang bayarkan. Apa nak risau, duit banyak kan… habis bulan ni, bulan depan masuk lagi.

Comfort zone sungguh. Memang betul la orang cakap. Selagi mana kita dalam comfort zone, selagi itu tak rasa risau. Ini sangat bahaya. Anything can happen in the future.

Cukup 2 tahun, pindah kerja lagi ke BNP Paribas. Gaji dah cecah RM20,000 sebulan. Tambah pulak lagi superbike yang harga lebih mahal dari sebuah kereta Perdana. Nak buat apa ntah. Memang ikut nafsu sungguh.

Habis kat situ, saya kerja jadi CEO di sebuah koperasi. Gaji hilang separuh. Masa tu baru tahu langit tinggi rendah. Masa tu baru terfikir tentang kalau lah aku ada ilmu sikit untuk selamatkan duit yang banyak dulu.

Tapi dah agak terlambat. Duit tu pun dah takde. Hutang banyak la. Mujur masa tu saya baru kenal simpanan emas. Public Gold pulak memang pemurah dengan seminar-seminar percuma. Dapat tahu la sikit-sikit pasal 5 check point kewangan. Itu pun nasib baik ramai sifu emas ni memang well verse dengan pengurusan kewangan.

Dari situ la saya mula belajar sikit-sikit. Menyesal tu tak payah sebut la. Dah memang takleh pusing balik dah masa kan. Lebih kurang 10 tahun saya duduk dalam comfort zone yang palsu semuanya.

Saya tahu peritnya duit tak cukup. Saya tahu beratnya hutang bertimbun. Saya tahu betapa ruginya bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian.

Dan saya selalu sebut benda ni kat orang muda yang baru grad. Bina ilmu kewangan dulu. Then baru bina kewangan. Kemudian baru fikir macamana nak improve kewangan. Last seklai baru fikir macamana nak belanja!

Ini tak.. kerja-kerja je terus lompat yang terakhir iaitu belanja, belanja, belanja dan belanja… Allah..

So, kalau waktu bisa diputar, saya nak putar masa saya mula-mula masuk kerja tahun 2005 dulu. Saya nak baiki balik ilmu dan praktikal pengurusan kewangan saya.

Adik-adik yang baru grad atau baru nak bina kerjaya…

Anda tak perlu ulang kesilapan yang saya pernah buat hanya untuk tahu dan rasa apa erti susah. Anda hanya perlu ambil iktibar dan jauhi saja kesilapan yang pernah saya buat.

Dengan hanya RM67, saya yakin anda tak akan tersilap dah di masa depan kalau anda faham dan taat.

Dengan hanya RM67, saya yakin anda akan jadi kaya dengan lebih cepat.

Dengan hanya RM67, saya yakin anda sudah ada pendinding yang kukuh dan utuh untuk selamatkan anda semua daripada godaan duit dan belanja.

Dengan hanya RM67, tak habisnya duit kita. Shopping ntahapahapantah di Lazada dan Shoppee lagi banyak.

Percayalah, we can be better than this.

Semuanya ada diceritakan dalam video dan e-book hebat di link di bawah. Klik dan beli sekarang jugak.

eSeminarBMW

Pesanan ikhlas kerana Allah ini tidak dibayar siarannya. Semuanya terletak di tangan anda.

Duit anda, anda yang tentukan macamana cara anda nak urus.

Siapa anda 5 tahun akan datang, bergantung kepada apa keputusan yang anda buat hari ini.

Terima kasih.

#KAB
#StayAtHome

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Khas untuk pembeli #eSeminarBMW hari ini. Teka, apakah ia? Bukan video.…