Dari RM10 kepada RM2,000: Kisah inspirasi penjual poskad berbasikal ke Mekah
Saya tertarik kisah daripada penulis buku Ustazah Basikal ini.
Saya ambil daripada FB beliau dengan keizinannya, ini kisahnya.
Tahu tak?
Aku pernah jual sekeping poskad dengan harga RM10, tapi ada orang sanggup bayar RM2,000!!
Ini kali pertama aku berniaga pada tahun 2016 & sebelum ni aku tak pernah berniaga sepanjang hidup.
Yelah, aku ni introvert gila weh! Social awkward aku tinggi gilaaaa!
Tapi semua tu berubah bila aku terdesak untuk teruskan hidup waktu travel berbasikal ke Mekah dengan isteri tahun 2016 dulu.
Manusia ni bila dah terdesak, dia sanggup buat apa saja untuk hidup & pastikan keluarga dia boleh makan walaupun dia tak makan, kan?
Seriously, masa tu duit aku tak banyak.
Siapa yang dah lama follow aku mesti tahu, aku & isteri mulakan kayuhan ke Mekah bermula dengan RM1,900 je.
Aku dah rancang untuk cuci pinggan & kemas hotel je kalau kami tak cukup duit nak makan masa travel.
Tapi.. Aku nak minta kerja pun malu gila wehh! haha.
2 bulan mengembara
Setelah 2 bulan kami mengembara, duit semakin susut. Kepala pula semakin kusut.
Aku pula AJK Kewangan. Kalau aku tak buat sesuatu, pasti pengembaraan kami akan tamat awal!
Masa tengah fikir mencari jalan macam mana nak cari duit, tiba-tiba..
“Kau try jual poskad dari negara yang kau singgah di Facebook, mana la tahu ada orang beli..” kata seorang sahabat fb aku.
Menarik!
Kos poskad pun tak mahal. Tak salah kalau aku mencuba.
Masa tu langsung tak tahu nak letakkan harga berapa, main langgar je! haha.
Aku ingat lagi, masa tu kat Myanmar.
Aku beli poskad dengan harga RM0.50.
Pastu aku pergi ke pejabat pos & tanya, berapa harga setem untuk dihantar ke Malaysia.
Mereka kata RM0.50 je kos untuk hantar poskad ke Malaysia.
Wow, murahh!
Kos untuk sekeping poskad RM1.00, berapa ringgit aku nak jual?
“Trylah RM5.00, kalau ada orang beli rezeki, kalau takde orang beli, aku test harga lain pulak..” itu yang aku fikir masa tu.
Aku terus post di Facebook.
Syukur sangat, ada orang yang beli & support! MasyaAllah Tabarakallah.
Rasa seronok sangat masa tu!
Sejak dari jual poskad Myanmar, aku mula jual poskad Nepal, India, Pakistan & semua negara yang kami lalui.
Bermula dari harga RM5, aku naikkan ke RM10, RM15 dah paling tinggi RM20.
Apa yang best berniaga ni, kadang-kadang orang tak bayar seperti harga yang kita jual pun, mereka bagi lebih!
Ada yang bayar RM100
Ada yang bayar RM500
Ada yang bayar RM2,000
Untuk sekeping poskad yang bernilai RM1 wehhh!!
MasyaAllah Tabarakallah.
Akhirnya, kami berjaya selesaikan kembara berbasikal kami ke Mekah selama 15 bulan tanpa perlu cuci pinggan & kemas bilik hotel.
Alhamdulillah.
.
.
.
Tuan puan yang mulia..
Apa yang seronok berniaga ni bagi saya adalah rezeki yang dapat tu tak disangka-sangka.
Yelah, jual RM10, dapat RM2,000.
Maksudnya, kita usaha sikit je, tapi kadang tu, Allah swt beri banyakkk.
Guru saya selalu pesan..
“Ahmad, usaha milik kita, hasil milik Allah..”
“Jangan buat kerja tuhan dengan fokus pasal ‘hasil’, fokus je pada ‘usaha’..”
“Hasil takkan pernah mengkhianati usaha..”
Sampai sekarang saya berpegang dengan prinsip ini.
Usaha, usaha & terus usaha tanpa fokus pada hasil.
Kerana usaha, kita boleh kawal. Hasil, Allah tentukan.
Jom teruskan berusaha semampu kita, InsyaAllah rezeki kita Allah swt akan buka seluas-luasnya!
Biiznillah
Ahmad Isa
27 Jan 2023
Gombak
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran