Dari syariah ke sivil: Perjalanan sebuah hibah yang dipertikai
Tuan Shahrul Sabri sudah mula ceritakan kronologi bagi pihak beliau sebagai ejen arwah dalam kes hibah takaful yang dicabar.

Beliau bukan sekadar ejen arwah, malah juga beliau adalah adik ipar arwah.
Pendedahan yang saya lakukan dalam posting kelmarin, berdasarkan maklumat daripada beliau. Malah draf posting saya itu juga dibaca dan disemak oleh beliau sebelum saya siarkan.
Kes ini unik kerana di Mahkamah Tinggi Syariah, hakim menolak tuntutan untuk mencabar hibah berkenaan tapi sebaliknya di Mahkamah Tinggi Sivil.

Lebih mengejutkan, pihak responden yakni balu arwah tidak mendapat makluman berkenaan kes dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil dan diputuskan tanpa kehadiran beliau.
Sekarang keluarga balu sedang berusaha untuk membawa kes ke Mahkamah Rayuan, dan saya doakan ia berjaya.

Apa sahaja keputusan mahkamah kelak, mesej yang saya nak sampaikan ialah
1. Hibah takaful boleh dicabar
2. Ramai ejen takaful overclaim kata ia tidak boleh dicabar
Boleh baca tulisan beliau di threads dan bandingkan kronologi yang saya tulis di
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran