fbpx

Kecacatan pada surat akuan hibah

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 287Words
  • 559Views

Saya tertarik posting yang dikemukakan Ustaz Mohd Khusairi Saleh ini.

Tulisan berkenaan sebuah dokumen hibah, yang siap ada setem hasil tapi akhirnya tidak boleh dilaksanakan.

Hasrat arwah membuat hibah harta tak kesampaian, disebabkan kecacatan pada dokumen hibah yang dibuat.

Antara kecacatan yang dikesan ialah:

1. Hanya ada lafaz ijab (tawaran pemberian) oleh pemilik harta tanpa diikuti oleh qabul (penerimaan) oleh penerima.

2. Adanya ayat “selepas kematian saya…” pada surat akuan hibah tersebut menjadikan dokumen tersebut bukan lagi hibah, tapi wasiat. Apabila wasiat pemberian kepada waris, ia tertakluk kepada persetujuan ahli waris.

Ada beza antara hibah dan wasiat.

Baca di sini

Apabila dokumen ini dibawa ke mahkamah, hasrat hibah tidak dapat dilaksanakan. Mahkamah akan berikan borang permohonan faraidh.

Hibah hartanah sepatutnya ada 2 dokumen ini:

1. Dokumen pengisytiharan hibah oleh pemilik hartanah.

2. Dokumen tadi perlu dibawa ke mahkamah syariah untuk disahkan. Sebaiknya dibawa ketika hidup. Ada kes, dibawa selepas mati dan berjaya disahkan oleh mahkamah.

Baca detail di sini

Hibah hartanah yang sempurna, patut diikuti oleh penukaran hakmilik. Jika hanya dokumen pengisytiharan hibah dan pengesahan hibah tanpa pindah milik, masih ada kebarangkalian kecil apabila pemilik meninggal, ia ditolak oleh mahkamah.

Baca di sini

Dalam kes ini, andainya waris ingin menunaikan hasrat si mati juga, semua waris perlu bersetuju untuk melepaskan hak masing-masing, jika ada.

Hibah harta tak sama dengan hibah takaful. Hibah takaful sudah termaktub dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

*************
Ini antara yang terdapat dalam e-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW.

Belajar kewangan secara bermodul dalam e-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW. Klik eSeminarBMW dan dapatkan 17 video dgn durasi 2 jam setengah, 2 ebook, 1 e-workbook.

Kemudian dapat join group khas para pembeli utk menonton 2 live webminar dgn durasi 3 jam. Klik eSeminarBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
RM100 sebulan, jika buat simpanan biasa tanpa sebarang keuntungan selama…