Daripada Pramugari Seksi Terus Jadi Pramugari Solehah

Antara hikmah Covid-19 – daripada pramugari seksi terus jadi jadi pramugari solehah siap “berpurdah”.

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: one or more people and indoor

Semoga Air Asia terus mengekalkan pramugari yang menutup aurat dengan sempurna. Mungkin Tan Sri Tony Fernandez mendapat hidayah selepas membaca Syamail Muhammadiah tempoh hari¬†ūüėé

Image may contain: 1 person, sitting

Dulu Rayani Air pernah mengusahakan syarikat penerbangan patuh syariah dengan pramugari menutup aurat, tapi ramai yang kecam. Tak sampai setahun, ia ditutup atas sebab kelemahan organisasi.

Kali ini Air Asia buat di musim Covid-19, tak ada siapa kot yang berani nak kecam.

Saya teringat satu “sepanduk” ketika musim trending sepanduk dari kotak beberapa bulan lepas.

No photo description available.

“Orang berebut cari facemask sebab nampak bahaya Coronavirus.
Kalaulah orang nampak bahaya neraka, pasti ramai orang berebut cari penutup aurat”

Sentap tak?

Ramai yang sentap dengan kenyataan tersebut.

Ada yang kata analogi tak tepat tutup sebab takut neraka dengan tutup sebab takut virus. Saya gelakkan sahaja.

Biasa dengar kritikan-kritikan sinis terhadap pemakaian purdah. Katanya kolot, ketinggalan zaman, tak sesuai dan sebagainya.

Tapi sekarang baru nampak betapa pakaian yang kolot, ketinggalan zaman, tak sesuai itulah yang menjadi pemutus kepada rangkaian Covid-19.

Itu pun masih ada yang alergik.

Tempoh hari ada yang mempertikaikan sumbangan tudung kepada frontliner, katanya apa gunanya tudung?

“Bukan semua wanita Muslim yang jadi frontliner”. Lebih kurang begitu bunyi kritikan sinis dilemparkan sebab tak puas hati dengan amaun sumbangan tudung yang diberikan. Katanya ia tak masuk akal.

Tapi akhirnya termalu dan terciduk sendiri apabila diberitahu bahawa tudung ialah pakaian wajib dalam PPE.

Nampak tak betapa Islamophobia yang berlaku dengan melulu dan tidak berasas.

Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, mesti diserang dan dikritik dahulu. Hujah dan fakta belakang kira.

Kadang berlaku, ia turut datang dari orang Islam sendiri.

Malang sekali bagi tudung dan purdah, tak menerima nasib yang sama seperti facemask yang dipuji melambung.

Sebagai sokongan kpd penulis artikel, sudikan layari preview ilmu kewangan e-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW di eSeminarBMW

Afyan Mat Rawi
t.me/AfyanIFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi