fbpx

Datin Seri terpedaya dengan janji manis

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 495Words
  • 278Views

Golongan T20 sekali kena scam, main juta-juta.

Sebenarnya, modus operandi scammer sama sahaja, tidak kira golongan mana yang mereka scam:

  • Mula-mula janjikan pelaburan dengan pulangan too good to be true.
  • Ada agreement, ada peguam, ada kontrak.
  • Mula-mula mungkin dapat dulu pulangan, sebelum mangsa tambah lagi.
  • Lepas tu mula bermasalah dan tak dapat apa yang dijanjikan
  • Mangsa mengadu dan harapkan dapat duit balik.
  • Tersontot dengan jayanya..

Berita penuh:

Kuala Lumpur: Dijanjikan nilai pelaburan sehingga RM1 bilion namun perlu membayar RM2.3 juta sebagai yuran komitmen, menjadi jerat sebuah skim yang menjadikan orang ramai sebagai mangsa.

Namun selepas lebih tiga bulan, ternyata apa yang dijanjikan sebuah syarikat perunding itu ternyata hanya ‘cakap kosong’ apabila pelbagai alasan diberikan untuk menangguhkan pembayaran.

Wakil syarikat pelaburan yang enggan dikenali berkata, dia bertemu dengan seorang wanita yang juga pemilik syarikat perunding pelaburan itu selepas diarahkan majikannya.

Menurutnya, pada awal pertemuan, wanita yang menggunakan gelaran ‘Datin Seri’ terbabit menjanjikan nilai pelaburan bernilai RM1 bilion.

Katanya, bagaimanapun RM2.3 juta perlu dibayar terlebih dulu sebagai yuran komitmen dan dalam tempoh tujuh hingga 14 hari syarikat berkenaan akan menyerahkan RM1 bilion sebagai dana pelaburan.

“Semua proses berjalan lancar membabitkan pelbagai dokumen undang-undang yang memperlihatkan tawaran itu sah.

“Saya tidak menaruh sebarang syak pada mulanya kerana semua proses mengikut lunas undang-undang dan dokumen yang ditandatangani bersama wakil peguam.

“Malah, ketika pertemuan diadakan, syarikat terbabit turut menunjukkan kotak berisi bon bernilai trilion Euro,” katanya ketika ditemui pada sidang media hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Khidmat Guam Datuk Khairul Anwar Rahmat, Pengarah Advokasi Khidmat Guam Mahmud Jumaat dan aktivis masyarakat, Mona Din.

Katanya, selepas beberapa bulan, dana pelaburan yang dijanjikan itu gagal diserahkan walaupun masa sudah diberikan.

Menurutnya, pelbagai alasan diberikan wanita terbabit untuk melengahkan pembayaran dana pelaburan berkenaan.

“Selepas beberapa pertemuan, dia tetap berjanji untuk membayar dana pelaburan itu namun masih gagal sehingga kini.

“Saya juga sudah membuat laporan polis awal bulan lalu untuk tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa.

“Tawaran yang diberikan terlalu ‘bagus untuk dipercayai’ namun disebabkan proses perundangan dan dokumen diberikan membuatkan majikan mempercayai tawaran itu,” katanya.

Tambahnya, saya berharap wang RM2.3 juta itu dapat dikembalikan secepat mungkin dan tiada lagi yang menjadi mangsa selepas ini.

—Tamat berita.

Mahal betul cukai kebodohan yang terpaksa dibayar. Bukan ribu, bukan puluh ribu, bukan juga ratus ribu, tapi juta!

Orang kebanyakan kena scam dengan nilai kebanyakan, orang kayangan kena scam dengan nilai kayangan.

Apa yang Tuan-Puan belajar daripada berita ini?

Baca juga : Modus operandi famous digunakan oleh geng scammers

Sebenarnya, jika kita ada ilmu kewangan, insya Allah boleh dapat membezakan antara genuine pelaburan vs scam. Antaranya ialah dengan belajar ilmu kewangan melalui Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi

  • Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
  • Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
  • Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
  • Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
  • Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Afyan, dijangka tahun depan ekonomi akan lebih teruk, apa pelaburan…