fbpx

Apa instrumen yang terbaik untuk pelaburan di waktu gawat?

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 449Words
  • 222Views

“Afyan, dijangka tahun depan ekonomi akan lebih teruk, apa pelaburan yg sesuai?”

“Tak ada. Letak shj di TH / ASB kalau nak guna tahun depan”.

Apabila sebut perkataan PELABURAN, kena letak kemas-kemas dalam mindset kita, ia adalah untuk jangka masa panjang. Pelaburan memerlukan 2 modal iaitu modal wang dan modal masa.

Jika jangka masa pendek setahun dua, PELABURAN bukanlah instrumen yang sesuai. Apatah lagi bawah setahun atau sebulan dua. Jika ada mana-mana pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam masa yang singkat, besar kemungkinan ia bukanlah pelaburan. Silap langkah, ia boleh jadi scam.

Jika ekonomi meleset tahun depan, dan kita baru hendak bersedia hari ini, instrumen yang paling sesuai ialah SIMPANAN. Bezakan simpanan dengan pelaburan.

SIMPANAN ada 3 ciri ini:

1. Tiada kos

2. Tiada risiko

3. Mudah cair.

Manakala PELABURAN pula akan melibatkan KOS dan RISIKO.

Kenapa saya katakan tidak sesuai jika anda hendak melabur hari ini untuk menghadapi ekonomi meleset tahu depan? Sebab, tiada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku tahun depan terhadap PELABURAN anda.

Jika PELABURAN anda mendapat pulangan, Alhamdulillah. Bagaimana jika PELABURAN anda turut merudum tahun depan? Tambah teruk lagi, wang yang anda laburkan perlu digunakan dengan kadar segera? Tentu makin perit jadinya.

Sebab itu PELABURAN bukan instrumen yang sesuai jika anda baru hendak mulakan hari ini untuk menghadapi kegawatan tahun depan.

Prinsip ini terpakai dalam SEMUA pelaburan tidak kira pelaburan unit trust, saham, hartanah, emas, perak, private mandate, kripto, dan sebagainya.

Tapi jika anda ingin MELABUR untuk jangka masa panjang, sekarang adalah waktu yang sesuai! Banyak saham sedang jatuh. Harga emas juga jatuh. Harga hartanah juga banyak yang dijual di bawah harga pasaran. Market kripto juga sedang jatuh teruk.

Jika anda mula melabur sekarang dan tidak ada plan untuk gunakan dalam masa terdekat, ia amat sesuai untuk anda. Pastikan mulakan dengan ilmu.

Bagi yang sudah melabur sebelum ini, jika portfolio anda sudah mencapai sasaran, boleh sahaja terus peram atau keluarkan. Bergantung kepada profile risiko anda. Jika keluarkan sekarang, ia sudah merudum berbanding setahun dua sebelum ini.

Berapa lama ekonomi akan terus merosot? Wallahua’lam, tiada siapa yang tahu.

Jadi, berapa lama saya perlu melabur? Lagi lama lagi bagus.

Ilmu kewangan boleh mulakan dengan pelaburan serendah RM29 sahaja melalui Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Promosi TERKEJUT Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM39 sahaja! Harga biasa RM49, tapi hari ini saya buat PROMOSI TERKEJUT RM39 sahaja (tak termasuk postage)

Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi

Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramai ke yang dah kena scam selepas beli buku Bijak…