fbpx

“Delay gratification” Tak perlu ikut trend

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 533Words
  • 708Views

Sejak tahun lepas, saya berkira-kira hendak membeli handphone baru. Sekarang saya menggunakan Samsung Note 10 dan meninjau-ninjau Galaxy Fold yang dijangka keluar tahun ini. Saya hold beli model tersebut, sebab stylus yang tidak built in sebagaimana Samsung Note.

(Nota: Stylus tu ialah pen handphone)

Samsung Note 10 Plus yang digunakan sekarang, sudah berusia kira-kira 3 tahun yang dibeli melalui pakej post-paid Celcom. Tempoh kontrak pun sudah habis dan saya tukar plan yang lebih rendah tanpa pakej handphone.

Cadang hari tu nak tukar kepada Galaxy S22, versi terakhir kesinambungan Samsung Note, yang ada bersama stylus. Tapi saya tangguhkan dulu, nak tengok dulu Samsung Fold terbaru.

Jika ia bersama stylus, besar kemungkinan, saya akan beli. Selepas berhijrah daripada iPhone kepada Samsung Note 10, penggunaan stylus bersama handphone sangat memuaskan.

Bertemu guru pelaburan

Beberapa hari lepas saya bertemu dengan seorang jutawan dan juga salah seorang rujukan dan guru pelaburan saya. Kebetulan, nampak dia pakai handphone baru.

“Eh, Abe pakai handphone baru ko? Model gapo tu?” tegur saya.

“Samsung Note 20”, jawab beliau.

“Aik? Tok beli hok model baru, Samsung Galaxy S22?”, tanya saya. Hairan juga kenapa tak beli model yang lagi terkini, Samsung Galaxy S22.

“Kawe meme tok rajin beli hok model baru. Sokmo beli selepas 3 tahun keluar model baru. Dapat la harga murah sikit”

Fuhhh.. Terpukul dan terpukau!

Lalu saya tanyakan berapa harga yang dibelinya, lalu saya terus semak secara online.

Ya, harga sekarang kira-kira 2,000++ berbanding masa mula-mula keluar dahulu kalau tak silap cecah 5,000 atau paling kurang dalam 4000 lebih harganya.

Sambil-sambil bersembang tu beliau mengatakan bahawa itu memang stail beliau daripada dulu. Bayangkan, jutawan seperti beliau, langsung tak tergoda untuk mengejar trend. Walhal kalau diikutkan, harga handphone tu mungkin income trading beliau beberapa jam sahaja.

Terus saya insaf. Terus saya teringat kandungan daripada buku-buku berkenaan jutawan, salah satu tabiat jutawan adalah “delay gratification” atau menangguhkan kepuasan.

Sambil-sambil tu saya tanyakan beliau tentang pelaburan saham, hartanah dan Kripto. Fuhhh… Memang berasap. Tak sia-sia jumpa beliau.

Beliau konsisten daripada dulu fokus kepada pelaburan, dan hanya sedikit sahaja fokus kepada trading atau traday, tidak kira saham atau Kripto.

Hartanah pula, beliau banyak beli tanah di Kelantan. Jika di KL, beli untuk kediaman dan rumah persinggahan. Katanya “Tokleh beli banyok-banyok. Nyaknyo ko ore laing Nik beli etek”.

Ada sesiapa yang nak tahu apa lagi yang kami sembangkan? Nanti saya sambung kalau ramai yang berminat.

Cukup 1k like, saya sambung InsyaAllah.

Pehe dok? Ko dok pehe?

Sementara itu boleh dapatkan dulu promo E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW

Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #eSeminarBMW. PROMOSI RAMADHAN EXTEND KE SYAWAL hanya RM29 sahaja!!! Lite.SeminarBMW.com

Apa yang anda dapat dengan yuran kepandaian RM29?

E-learning Seminar Bijak Merancang Wang

  • 1. Pakej video 17 siri Bijak Merancang Wang dengan durasi 2 jam setengah.
  • 2. Ebook BMW edisi KEMASKINI. 180+ muka surat.
  • 3. Ebook PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! 150+ muka surat.
  • 4. Sertai group khas pembeli #eSeminarBMW
  • 5. Live video Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW dengan durasi 3 jam
  • 6. E-workbook Bijak Merancang Wang #BMW2s
  • 7. Peluang menjadi ejen affiliate #eSeminarBMW

Ok tak kalau semua ini dgn harga RM29?

Produk yang sama, biasanya berharga RM59 ke RM99, tapi untuk promosi ini hanya RM29 sahaja.

Lite.SeminarBMW.com
Lite.SeminarBMW.com
Lite.SeminarBMW.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kalau nak buat projection pun, agak-agak la.... Kalau betul la,…