“Dia Lagi Ramai Followers Dari Ayah Tau! 160 Ribu Followers!”

 

“Ayah, nak beli buku ni boleh?”, tanya Balqis.

“Buku apa tu? Siapa penulis?”, tanya saya.

“Novel. Penulis dia nama Teme Abdullah”, jawab Balqis sambil mengambil buku novel tersebut.

“Apa nama penulis tu?”, pelik pula dengar nama penulis tu. Tak pernah dengar pula.

“Teme Abdullah!”, bersungguh Balqis menjawab sambil tekun membelek dan membaca.

“Teme Abdullah? Tak pernah dengar pun?”, tanya saya.

“Ayah tak pernah tahu? Dia lagi ramai followers dari ayah tau! 160 ribu followers!”

Zasss. Sentap ayah nak!

#DramaRamadhanBalqis bersiaran kembali.

P/S: Tak puas hati betul tang “Dia lagi ramai followers dari ayah tau! 160k followers!”.

Boleh tak minta tolong kawan-kawan like dan ajak orang lain utk like FB saya ni? Kasi lagi banyak dari Teme Abdullah ni?

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
  Video ini dirakam pada Januari / Februari 2017, ketika…