Murahnya Hospital Kerajaan!

 

Murahnya hospital kerajaan!

Kisah sebegini jarang dikongsikan oleh ejen yg hanya fokus mencari sales semata. Sebab ia akan menyebabkan prospek berfikir beberapa kali sebelum melanggan medical card.

Kisah yang selalu dikongsi ialah kisah kisah sedih tentang pesakit yang tidak cukup duit untuk bayar bil hospital.

Cuba baca status tulisan FB ini.

Seorang pengguna FB berkongsi tentang anaknya yang kemalangan dan dimasukkan ke Hospital Ampang.

Anaknya cedera pada lengan kirinya yang menyebabkan otot dan sarafnya turut tercedera.

Rawatan dan pembedahan dilakukan oleh doktor pakar dan jururawat keesokan harinya.

Yang mengejutkan beliau ialah kos bil hospital yang dikenakan hanyalah RM31 sahaja!

Katanya akhir tulisan, katanya tidak ada negara lain seumpama negara kita yang memberikan perkhidmatan sebegini rupa!

Sebenarnya di Malaysia tanpa medical card, masih ada alternatif hospital kerajaan.

Apa pun medical card tetap penting supaya mendapat lebih keselesaan ketika mendapat rawatan.

Yang patut diutamakan dalam melanggan takaful sebelum medical card ialah income protection.

Afyan Mat Rawi
Pelanggan & ejen medical card

 

Sumber ari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com