fbpx

Didik Anak Bijak Mengurus Wang Sejak Dari Kecil

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 615Words
  • 338Views

Tulisan dari FB Pn Hanis Halim ini menerangkan tentang cara mendidik anak untuk bijak mengurus wang sejak dari kecil.

Si kecil asyik minta itu dan ini apabila keluar berjalan-jalan?

Si kecil seringkali meragam atau minta perhatian yang lebih apabila berada di luar rumah?

Si kecil terlalu memilih makanan sehingga lebih banyak makan makanan yang tidak sihat berbanding yang sihat?

Inilah dilema ibu bapa apabila berhadapan dengan anak-anak kecil. Melentur buluh biarlah dari rebung. Pepatah yang sangat sesuai dengan situasi ini.

3 TIPS MENDIDIK ANAK-ANAK BIJAK MENGURUS WANG SEJAK DARI KECIL.

Pertama, sepertimana kita memperkenalkan ABC, 123 ataupun Alif Ba TA kepada anak kecil kita, seperti itu juga kita memperkenalkan wang ataupun duit kepada anak kecil itu.

Jangan pula kita lewat memperkenalkan wang beralasankan mereka masih kecil lagi dan tidak perlu mengenali wang. Kalau dah tidak mengenali wang, macam mana ingin mengurus wang dengan bijak apabila besar nanti?

Oleh yang demikian, akan ada ibu bapa yang bertanyakan, bila pula kita harus memperkenalkan nilai matawang?

Sepertimana, ibu bapa memperkenalkan anak-anak kecil ini berjalan selangkah demi selangkah, contohnya mereka berlajar berjalan dahulu sebelum berlari ataupun belajar merangkak dahulu sebelum berjalan.

Namun, ada sahaja anak-anak yang terus berjalan tanpa merangkak. Ibu bapa harus mengikut rentak kebolehan anak masing-masing.

Seperti itu juga pengenalan matawang itu harus diperkenalkan dan jangan pula kita memaksa mereka matang dalam isu mengurus wang ini sebelum tiba masanya. Sebagai ibu bapa, kita hanya mulakan dengan melibatkan anak-anak dengan pembelian harian seperti, membeki KFC atau membeli belah di pasaraya.

Kedua, memperkenalkan nilai matawang itu, dan ajari anak-anak untuk menghargai wang dan memahami kegunaan wang dalam kehidupan seharian.

Pembelajaran ini harus berterusan dari masa ke semasa.

Sebagai ibu bapa, kita hanya mulakan dengan melibatkan anak-anak dengan pembelian harian seperti, membeki KFC atau membeli barang mainan yang dikendaki oleh anak-anak.

Sesudah itu, ibu bapa juga boleh membuat aktiviti ringan yang melibatkan wang ringgit. Contohnya, anak-anak di minta untuk menggerjakan sesuatu untuk mendapatkan ganjaran wang ringgit seperti, mencuci pinggan di dapur dan akan dibayar upah 50sen setiap pinggan.

Ataupun, minta anak-anak menjalankan perniagaan sendiri (yang bersesuaian mengikut umur) seperti, menjual biskut pada rakan sekolah. Jangan lupa libatkan anak-anak dalam proses pembuatan biskut itu juga.

Ini akan membuatkan anak-anak lebih menghargai setiap sen yang mereka terima dan menghargai setiap pembelian dari hasil jualan mereka.

Selain itu, kita boleh bermain-mainan yang berunsurkan wang seperti Saidina atau Monopoli bagi menjinakkan anak-anak dengan tansaksi melibatkan wang.

Ketiga, memberi peluang untuk anak-anak mengurus wang sejak dari kecil.

Sebagai ibu bapa, ada ketika nya kita sibuk bertanyakan kepada anak-anak, apabila besar nanti, nak jadi apa? Tapi, apabila sudah mengetahui ape cita-cita anak kita, apakah tindakkan kita sebagai ibubapa?

Seharusnya, kita membimbing anak-anak menggurus wang belanja sekolah sejak dari hari pertama persekolahan anak! Bagaimana?

Mulakan dengan setiap pemberian wang saku sekolah, kita bertanyakan apa yang di beli menggunakan wang tersebut? Bertanyakan juga, adakah barang-barang yang ingin di beli, namun, wang saku tidak mencukupi? Apakah barang tersebut? Berapakah nilainya?

Kenapakah kita seharusnya bertanyakan tentang barangan yang lebih mahal dari wang saku yang di berikan? Kerana kita harus mencungkil minat anak-anak, bukan nya mematikan kreativiti mereka.

Dengan minat anak-anak, boleh mendidik anak-anak untuk menyimpan demi satu tujuan. Ia juga dapat memberangsangkan minda anak untuk berfikir dan mencari jalan demi mencapai minat dan matlamat mereka.

Demi menjinakkan anak-anak bijak menguruskan wang, jangan lupa memperkenalkan matawang seiring dengan ABC, melibatkan aktiviti transaksi wang sejak anak kecil lagi dan mulakan proses pengurusan wang sejak dari hari pertama persekolahan.

Secara tidak langsung, kita sudah pun mendidik anak kita menguruskan wang secara berperingkat dan mereka akan lebih berpengalaman sebelum dewasa.

Semoga dapat membantu tuan puan mendidik anak-anak bijak menguruskan wang!

Anis,
“Perunding
INFAQ Consultancy”.
Plan your wealth, change your life.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jom belajar sesuatu dari tulisan di FB Pn Aznah Arshad…