fbpx

“Duit Raya” Team Marketing Representative (MR)

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 407Words
  • 825Views

Sebahagian komisen Team Marketing Representative

Bukan. Bukan ini bukan duit raya.

Ini adalah sebahagian komisen Team Marketing Representative (MR) INFAQ Consultancy, bulan lepas. Yang bulan ni punya tak dapat lagi. Masih stail lama, pakai cek. Ini sebahagian sahaja. Ada lagi yang lain.

Kalau transfer direct ke akaun, tak dapat saya nak share gambar macam ni

Jarang saya share benda-benda riak macam ni. Boleh masuk group Riak Apa Hari Ini. Hahahaha

Maaf, maaf, maaf…

Maaf, gurau sahaja, ia bukan untuk riak atau ujub. Bukan semua masuk poket saya, yang penting masuk poket team member saya.

Gambar ni gambar bulan lepas lagi. Cuma hari ni baru tergerak nak share. Moga Allah jauhkan diri daripada sifat ujub dan riak.

Pertama sekali saya kongsikan di sini

Seingat saya, jarang-jarang-jarang-jarang sangat saya berkongsi cek macam ni. Mungkin pertama kali.

Saya kongsikan sebagai motivasi dan galakan jika ada sesiapa yang berminat nak menyertai kami dalam Team MR bersama INFAQ Consultancy.

Group MR di Interpac ini baru beberapa bulan lepas dan inilah hasilnya.

Sebenarnya sistem pembayatan komisen di Interpac masih belum ready sepenuhnya. Sebelum saya dan team join dahulu, mereka tidak ada sistem ejensi. MR pula boleh dibilang dengan jari.

Dijangkakan beberapa bulan ni lagi sistem sepenuhnya akan ready dan tidak lagi mengeluarkan cek. Masa tu dah tak boleh nak riak macam ni

Kerjaya yang masih baru

Kerjaya sebagai MR ini masih lagi baru di Malaysia. Ia kerjaya dalam bidang pelaburan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ia berbeza dengan kerjaya sebagai konsultan unit trust.

Kelebihan sebagai MR antara lain, ialah boleh attach dengan banyak kompeni dalam masa yang sama. Malah, ejen unit trust pun boleh join. Dalam team saya ramai juga yang masih menjadi ejen unit trust walaupun memasarkan produk Private Mandate. Masing-masing ada kelebihan dan market tersendiri.

Saya dan team MR sekarang bersama Phillip Capital Management dan Interpac Asset Management. Dengan Phillip sejak penghujung 2019 manakala dengan Interpac sejak November 2020.

Kerjaya ini tiada gaji bulanan. Pendapatan adalah 100% bergantung kepada komisen dan komisen bergantung kpd berapa sales yang dilakukan. Majoriti dalam team saya adalah part time.

Ada yang engineer, ada yang doktor, ada full time trader, ada ejen takaful tull time, ada yang MR bersama kompeni lain, ada yang freelancer, dan seumpamanya. Siapa buat, dia dapat. Man jadda wajada.

Malah dalam top 10 income earner, masih ramai yang part time.

Yang income RM0 pun ada, tapi saya tak dapat kongsikan cek mereka

Ada yang nak join? Klik di sini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramai yang pertikai, kenapa ada birokrasi untuk mohon duit zakat?…