fbpx

Maaf, Kempen BMF Bukan Kempen Boikot

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 506Words
  • 424Views

Maaf, kempen BMF bukan kempen boikot.

1. Ketika hangat kempen Buy Muslims’ First #BMF, masih ada seruan-seruan boikot seperti;

“Apa salahnya boikot? Orang kafir dah kama boikot kedai Muslim”

“Duit aku, aku punya pasal la nak boikot”

“Boikot dengan kempen BMF ni sama sahaja”

2. Suka saya nyatakan, tak jalankan kempen boikot produk-produk non-Muslim yang sudah pun disahkan halal. Kempen BMF bukan kempen boikot.

3. Kalau kita katakan “apa salahnya kita boikot, sedangkan orang kafir dah lama boikot”, jadi apa bezanya cara kita dengan cara mereka? Benda tak elok, perlu kita tiru ke?

4. Jika ada yang masih beria-ia jalankan kempen boikot, saya berlepas diri. Kempen boikot, adalah berdasarkan emosi. Manakala kempen sokong berdasarkan rasional.

5. Kalau betul jalankan kempen boikot, bermakna kita mesti langsung tidak terlibat dengan sebarang urusan yang melibatkan non-Muslim. Berani? Kalau berani, buat perkara di bawah ini.

6. Perkara pertama yang perlu kita boikot ialah Facebook. Facebook ini dimiliki oleh non-Muslim malah Yahudi yang bernama Mark Zuckberg. Kita layari FB secara percuma tapi ia secara tak langsung memberi sokongan kepada non-Muslim tersebut. Semakin ramai pengguna aktif FB, semakin tinggi nilai saham FB.

7. Perkara kedua yang kita kena boikot ialah handphone. Apple, Samsung, Huawei dan segala macam jenama handphone yang kalian sedang gunakan untuk baca tulisan ini sekarang adalah dimiliki oleh non-Muslim.

8. Kemudian, boikot juga perlu diterjemahkan kepada penggunaan kenderaan. Jangan pakai kereta dan motor jenama Honda, Toyota, Suzuki dan segala macam jenis kenderaan. Semua wajib tukar kepada Proton dan Perodua.

9. Balik rumah, cek balik pemaju kawasan perumahan yang kita duduki. Kalau pemaju non-Muslim, boikot!

10. Jika kita masih lagi ada pakaian jenama keluaran non-Muslim, boikot.

11. Peti sejuk, periuk nasi, mesin basuh – jika masih keluaran non-Muslim, boikot!

12. Boikot bermaksud kita haramkan terus sebarang interaksi dengan perkara yang kita boikot. Kalau betul nak boikot, jalankan betul-betul.

13. Oh ya, jangan lupa resign kalau masih kerja di kompeni non-Muslim. Baru betul boikot!

14. Kita duk marah pimpinan-pimpinan negara, artis, tokoh politik, non-Muslim yang masih tak faham bahawa kempen BMF, bukannya kempen boikot. Tapi dalam masa sama, kita duk ulang-ulang “apa salahnya kita boikot”.

15. Perkara yang betul kita wajib boikot ialah produk haram. Contohnya, ROKOK, BANK KONVENSIONAL, INSURANS KONVENSIONAL. Semua perkara ini wajib kita BOIKOT HABIS-HABISAN.

16. Maaf saya katakan, janggal bunyinya jika ada yang lantang jalankan kempen BMF, kemudian diselang-seli seruan boikot dalam masa sama, bibir masih menghembuskan asap rokok yang sah HARAM dan masih melanggan insurans konvensional dan masih ada menggunakan fasili perbankan konvensional.

17. Membeli barang halal dijual oleh orang Islam, hukumnya sunat jika diniatkan untuk membantu sesama Muslim tapi hukum melanggan produk-produk tadi (insurans konvensional, perbankan konvensional, rokok) adalah haram.

18. Jika kita nak jalankan kempen boikot produk halal keluaran non-Muslim juga, saya berlepas diri.

19. Siapa yang bersama saya dalam hal ini, kempen BMF tanpa boikot, kongsikan status ini.

Afyan Mat Rawi
Bapa BMF Kebangsaan (self-claim)

Baca sampai habis? Minta tolong sikit boleh?

1. Follow dan klik see FB ini first jika belum
2. Klik share posting ini
3. Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
Telegram t.me/AfyanIFP
YouTube.com/c/AfyanIFP
Instagram.com/Afyan.IFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
UNSANGKARABLE. No 4 dan nombor akhir paling tak sangka. 1.…