fbpx

Diskusi Politik Aman-Semoga Bermanfaat

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 361Words
  • 294Views

Seronok membaca komen rakan-rakan dalam posting tentang persoalan yang ditanya kepada saya tentang politik.

Juga posting berkenaan persepsi awam tentang isu rasuah PAS dan kerjasama dengan Umno.

Saya ingin menyambungnya dalam bentuk diskusi pula.

Sebelum ini seorang hanya satu soalan, kali ini boleh tanya banyak soalan dua hala dan semoga ia dalam bentuk diskusi aman.

Ada beberapa syarat supaya ia berjalan dalam bentuk yang harmoni dan adil untuk semua.

1. Pertama sekali boleh perkenalkan diri; nama, dan daripada kem politik mana; BN / PH / neutral dsb. Komen dari akaun FB fake tidak dialu-alukan.

2. Komen dengan baik tanpa maki hamun dan provokasi melampau. Boleh provoke saya. Boleh cabar saya. Tapi terimalah jika saya balas dan cabar balik.

3. Boleh tanya soalan dan saya pun akan tanya balik soalan utk dptkan pandangan balas. Ia akan menghasilkan komunikasi

4. JANGAN REPLY KOMEN ORANG LAIN supaya mudah saya nak respon kpd soalan asal dari yang bertanya. Cukup sekadar titik atau emoticon kalau nak follow discussion. Kalau nak tolong saya jawab, boleh buat komen baru dan tag saya untuk perhatian.

5. Mohon tulis komen dengan ayat dan ejaan Bahasa Melayu yang betul supaya mudah nak faham. Buat satu ayat, satu perenggan supaya mudah nak hadam.

6. Jika saya tak reply dalam masa satu jam, tolong tag. Takut terlepas pandang.

NOTA: Saya akan tambah syarat dari masa ke masa berdasarkan perkembangan diskusi.

Boleh mulakan. InsyaAllah saya jawab seadanya.

Jika tak tahu, saya akan jawab tak tahu.

Ruang diskusi ini hanya saya buka sehingga sebelum saya tidur malam ini.

Terima kasih.

PENAFIAN: Jawapan yang saya berikan tidak mewakili pendirian rasmi parti PAS. Ia jawapan dari sudut pandang individu sahaja, yg selalu ponteng usrah.

UPDATE 8:30 pagi, 21/4/2018
Terima kasih kpd rakan-rakan yang menyertai diskusi ini. Saya amat hargainya.

Saya cuba jawab sebaik mungkin sehingga pagi ini. Jika ada yang tak menjawab soalan, saya mohon maaf banyak-banyak.

Pagi ini saya berprogram sepanjang hari. Memang tak dpt respon.

UPDATE: 23 April 2018, Isnin, 12:30 pagi

Terima kasih kpd rakan-rakan yg menyertai diskusi ini.

Jika ada yg tak memuaskan, saya mohon maaf.

Boleh teruskan bertanya. Jika sempat, saya akan respon. Cuba elok baca dahulu komen-komen yang ada sebab mungkin soalan berulang.

Terima kasih

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam setiap kali Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW akan ada slot kutipan…