Dividen Tabung Haji paling tinggi dalam tempoh 7 tahun
Kan saya dah kata? Saya dari masa depan. Hahahah!
Sebelum Tabung Haji umumkan, saya dah update posting:
“Agihan keuntungan Tabung Haji 2024 yang akan diumumkan lebih tinggi daripada tahun-tahun sebelum.
Saya dari masa depan 😌”

Alhamdulillah, Tabung Haji baru sahaja umumkan agihan keuntungan untuk tahun 2024 iaitu 3.25%.

Paling tinggi dalam tujuh tahun!
Memang satu pencapaian yang sangat baik untuk TH dan semua pendeposit.
Dan yang paling best, keuntungan ini siap-siap dah tolak zakat.

Tak perlu pening kepala nak kira zakat simpanan 2.5775% kalau duit ini ada dekat tempat lain.

Berikut adalah simulasi simpanan di TH berbanding di instrumen lain.
Andaikan kita ada RM1 JUTA simpanan di TH pada 2024, makan dengan keuntungan 3.25% kita akan perolehi duit free RM32,500
RM32,500 itu tidak perlu dizakatkan kerana ia sudah dilunaskan olej TH sendiri bagi pihak pendeposit.
Berbanding jika kita letakkan wang RM1 juta itu di instrumen lain, ia perlu menjana keuntungan 5.75% untuk mendapatkan hasil yang sama.
Contohnya dengan RM1 juta tadi menghasilkan keuntungan RM57,500 tapi perlu dizakatkan sebanyak kira-kira RM25,000 untuk mendapatkan hasil bersih yang sama.
Simpan sahaja di TH, dah siap bersih dizakatkan.
Inilah kelebihan TH yang susah nak dapat di tempat lain.
Halal haram dah tak perlu nak risau.
TH memang 100% patuh Syariah, tiada riba, tiada pelaburan meragukan, dan tak perlu buat pembersihan (cleansing) macam sesetengah pelaburan lain.

Duit yang kita simpan di sini bukan sahaja berkembang, tapi juga selamat dari segi hukum.
Lagi satu yang ramai orang tak perasan, sebahagian keuntungan TH digunakan untuk program CSR zakat.
Jadi, sambil kita menyimpan untuk diri sendiri, kita juga bantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.
Dapat untung, dapat juga pahala.
Selain itu, TH juga bantu jemaah haji dengan subsidi dan bantuan kewangan.
Simpanan kita bukan sekadar untuk diri sendiri, tapi juga untuk bantu orang lain tunaikan haji.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa agihan keuntungan ini lambat diumumkan?
Jawapannya mudah, TH kena tunggu semakan dan kelulusan Jabatan Audit Negara dulu.

Bukan boleh umum sesuka hati, kena ikut prosedur supaya semuanya telus dan sah.
Tapi yang paling best, hari ini umum, lusa terus masuk akaun.
Tak ada istilah delay-delay, tak perlu tunggu lama macam Kiuem. Hahahah!
Dari segi keselamatan, simpanan di TH dijamin kerajaan dan dilaburkan dalam instrumen risiko rendah.

Tak perlu risau duit hilang, tak perlu takut turun naik macam pelaburan lain.
Tak perlu fikir pasal caj tersembunyi.
Tak perlu fikir pasal patuh Syariah.
Tak perlu fikir pasal zakat.
Pendek kata, memang senang, memang berkat!

Semoga TH terus berkembang dan mampu bagi pulangan lebih baik untuk masa akan datang.
Kejayaan TH bukan sekadar kejayaan mereka, tapi kejayaan umat Islam juga.
Kalau belum ada akaun TH, inilah masa terbaik untuk mula menyimpan di tempat yang selamat, berkat, dan bermanfaat untuk semua!
Jemput tonton VTT di bawah
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran