#DramaRamadhanSarah – 1Ramadhan
Drama 1 Ramadhan.
Sebaik sahaja masuk kereta dari sekolah tadi, Sarah terus tanya;
“Ayah, nak minum air boleh?”
Ayah memujuk;
“Alaaaa….. Sikiiiiiit lagi nak berbuka. 3 jam je lagi”
Sarah merayu lagi;
“Alaaaa…. Sarah dahaga…”
Si ayah terus memujuk;
“Sarah dah puasa dari pukul 6 pagi, sekarang dah pukul 4. Dah 10 jam Sarah puasa”
Pujukan masih belum berkesan. Sarah terus merayu lagi,
“Sarah dahaga… Sarah nak minum…”
Si ayah cuba strategi berbeza;
“Kalau Sarah puasa, nanti kita pergi bazar Ramadhan sama-sama”
Strategi itu tak berjaya, Sarah terus merayu lagi;
“Sarah hauuussss….”
Si ayah nampak macam putus asa lalu berkata;
“Ok la. Minum lah Sarah!”
Si ayah jangkakan Sarah akan gembira dan minum air, tapi…
“Ok la…. Sarah puasaaaa laaaa….”
Rupa-rupanya teknik ini lebih berkesan.
Terserlah kewanitaan Sarah.
Ada 29 episod lagi, Drama Ramadhan Sarah.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran