#DramaRamadhanSarah – Beli Kasut

“Ayah, nak Sarah pilih yang mana”

“Yang warna pink tu”

Sarah ambil skaf dan kenakan di kepalanya.

Kemudian tunjuk yang lain pula

“Ayah nak Sarah beli yang ni ke yang ni?”

“Yang purple tu”

Sama macam tadi, ambil kemudian letak balik dan tanya lagi;

“Yang ni lawa tak?”

“Lawaaaa Sarah”.

Kemudian ambil gelang pula

“Boleh beli ke beli yang ni?”

“Boleeeeeh”

“Ayah, cuba ambil yang tu?”

“Ok”

Ayahnya dengan tabah ambilkan.

Begitulah seterusnya dari tadi, dah dekat setengah jam.

Bertabahlah sesiapa yang jadi suami Sarah apabila dewasa kelak. Semoga beliau menjadi anak dan isteri yang solehah.

#DramaRamadhanSarah

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com