Kempen Zakat Fitrah Ikut Harga Beras Yang Dimakan

Info RM | Zakat Fitrah

Di Malaysia, zakat fitrah dibayar berdasarkan harga beras. Selalunya kadar zakat fitrah sekitar RM7 berdasarkan keputusan Majlis Agama Islam negeri-negeri.

Di Selangor, kadar zakat fitrah kekal RM7 seorang sebagaimana tahun lalu.

Cuma tahun ini ada kempen untuk menggalakkan zakat fitrah dibayar berdasarkan harga beras yang biasa dimakan.

Contohnya, kalau biasanya makan beras wangi atau beras perang, maka kadarnya ialah RM14 seorang.

Atau jika biasanya makan beras Basmati, kadarnya ialah RM21 seorang. Maknanya jika 5 orang sekeluarga, perlu bayar zakat fitrah RM105.

Kaedah ini lebih tepat dan lebih adil. Orang yang makan beras yang lebih mahal sudah tentu mempunyai kemampuan untuk membayar zakat lebih tinggi.

Boleh rujuk jadual disertakan.

Boleh buat bayaran Zakat Fitrah menggunakan link ini.

http://www.kmss.edu.my/bayar-zakat/

Resit akan dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor

Afyan Mat Rawi, IFP
Wakil Amil Zakat LZS

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com