fbpx

Memori Ramadhan | Berniaga di Bazar Ramdhan

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 140Words
  • 397Views

Memori Ramadhan |

Di saat ini, kira–kira 12 hingga 15 tahun lepas, di saat ini saya selalunya berada di bazar Ramadhan.

Oh, bukan untuk membeli juadah tetapi untuk berniaga.

Selalunya mula dibuka pada waktu-waktu begini, berdekatan dengan waktu asar malah ada peniaga yang seawal zuhur sudah membuka tapak.

Di kala itu, saya membantu makcik saya, bonda Nor Azwanah berniaga di bazar Ramadhan di sekitar Gombak.

Antara lokasi yg pernah saya berniaga ialah bazar Tmn Samudera, bazar Batu Caves dan bazar Kg Nakhoda.

Ketika zaman belajar lagi saya mula membantu berniaga dan diteruskan selepas grad.

Ada rakan-rakan yang pernah terserempak, terkejut melihat saya berniaga.

Pernah juga terserempak dengan bekas pensyarah, tapi tak perasan saya bekas anak muridnya.

Apabila saya tegur, baru mereka perasan dan tergamam. Mungkin tak sangka bekas pelajar undang-undang “chambering” di bazar Ramadhan.

Hahaha!

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan ini di ambil dari FB Norajian Kamarudin Menceritakan tentang…