Duit yang kita ada lebih baik kekalkan sahaja di TH, ASB…
Dalam byk situasi, duit yg ada dlm TH, ASB, KWSP & bank, adalah lebih baik kekal di situ drp dilaburkan. Tenang & tak sakit hati.
Ia jauh lebih baik daripada keluarkan dan kemudian laburkan dalam instrumen yang kita sendiri tak faham.
Sebab, jumlah orang yang betul-betul buat untung dalam mana-mana pelaburan adalah minoriti.
Majoriti hanyalah sekadar balik modal, atau lebih rendah daripada pulangan Tabung Haji, ASB, KWSP, FD dan sebagainya.
Malah ada yang rugi dan rugi besar.
Saya tak ada sebarang statistik rasmi tentang perkara ini. Ia berdasarkan pengalaman saya berurusan dengan para pelanggan yang pernah melabur.
Juga ia berdasarkan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh CEO KWSP (sekarang bekas CEO), bahawa hanya 20% sahaja pencarum KWSP yang mengeluarkan wang simpanan persaraan itu untuk dilaburkan mendapat keuntungan melebihi daripada pulangan yang diberikan oleh KWSP.
Selebihnya hanya balik modal dan mendapat pulangan lebih rendah daripada keuntungan KWSP.
Jadi, sebelum melabur dalam mana-mana instrumen kewangan, mulakan dengan ilmu.
Ini yang banyak kali saya tekankan dalam buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW dan buku Financial Independence Retire Early #BukuFIRE.
Semua pelaburan akan ada yang untung dan untung besar, tapi jumlahnya minoriti. Nak jadi minoriti, perlu ada ilmu kewangan dan pelaburan.
Apabila kita mempunyai ilmu kewangan yang utuh, maka kita akan tahu fungsi dan objektif setiap instrumen kewangan. Kita tahu apa objektif kita membuat pelaburan. Kita akan tahu kos dan risiko setiap jenis pelaburan.
Jadi, dengan ilmu yang ada, kita akan melabur pada instrumen pelaburan yang paling sesuai dengan profil risiko kita, bukan melabur sebab ikut-ikutan.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran