fbpx

Ketahuilah kos sebenar membeli kereta bukan sekadar ansuran bulanan

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 384Words
  • 425Views

Terjumpa dekat Twitter. Kos sebenar membeli kereta.

Kos membeli kereta bukan sekadar ansuran dan petrol semata-mata yang biasa kita ambil kira.

Berdasarkan twit ini, kos sebenar membeli dan membela kereta boleh menjadi lebih satu kali ganda daripada ansuran bulanan kereta.

Ramai orang hanya mengambil kira ansuran kereta sahaja ketika membeli kereta.

Banker dan salesman kereta juga sama, mereka hanya akan ambil kira ansuran sahaja ketika membeli kereta.

Bagi anak muda yang baru grad dengan gaji 2k ke atas, anggaran ansuran yang mereka layak membeli kereta ialah sekitar 800 sebulan.

Sekali imbas, nampak banyak lagi baki boleh guna daripada gaji mereka iaitu 1200 sebulan. Tapi, jika diambil kira kos-kos sebenar lain untuk membela kereta, ia boleh cecah lebih satu kali ganda iaitu 1600 sebulan!

Bayangkan, gaji 2k tolak 1600? Itulah yang dipanggil #nerakawang!

Itu tak termasuk lagi kos-kos kecemasan seperti rosak, tercalar, tayar bocor, tayar pecah, dan sebagainya.

Juga tak termasuk kos balik kampung, kos bercuti dan lain-lain selain daripada pergi balik kerja.

Untuk lebih jelas boleh baca artikel berkenaan Jom Kira Kos Sebenar Penggunaan Kereta Anda

Boleh rakan-rakan kongsikan berapa pula kos Tuan-Puan?

UPDATE: Selepas posting ini, ada yang tanyakan

  • Mana lebih bagus, beli tunai atau beli ansuran?
  • Mana lebih bagus, panjangkan tempoh ansuran atau pendekkan?
  • Mana lebih baik kereta baru atau kereta terpakai?

Sebenarnya formula beli kereta ni mudah sahaja, iaitu harga kereta jangan melebihi setahun pendapatan. Jika gaji 2k, beli je la kerat bawah 24k. Tak dapat kereta mahal? Beli kereta murah. Tak dapat kereta baru? Beli kereta second hand. Yang penting jangan lebih setahun pendapatan.

Nak beli kereta mahal? Mahalkan pendapatan kita dulu.

Nak beli kereta Bangsa H yang berharga 80k? Jadikan income kita 80k setahun.

Ilmu sebegini saya kongsikan detail dalam buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW. Ada 7 topik utama

  1. Aliran Tunai
  2. Hutang dan aset
  3. Simpanan
  4. Perlindungan
  5. Pelaburan
  6. Penyucian harta: zakat, cukai
  7. Pewarisan: Faraid, wasiat

Promosi Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM39 sahaja! Harga biasa RM49, tapi sekarang saya buat PROMOSI RM39 sahaja (tak termasuk postage)

Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi

Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, dalam banyak keadaan lebih baik wang anda stay…