Durian Harga Yahudi Atau Mungkin Kita Yang Tak Mampu

Seminggu dua ini terbaca posting-posting tentang harga durian yang mahal, harga Yahudi, harga mampu tengok, harga T20 dan seumpamanya dengan nada menyindir malah sehingga ada yang sampai ajak supaya boikot durian.

Baca komen-komen menyindir di situ, tangan ni gian je nak reply komen.

“Harganya bukan mahal, tapi kau yang tak mampu”.

“Kalau rasa mahal, cubalah tanam sendiri. Kemudian jual dan tengok nanti jadi harga Yahudi atau harga Palestin”.

Harganya bukan mahal. Cuma kita yang tak mampu. Atau sebenarnya kita ada wang, tapi prioriti kita bukan untuk berbelanja di sini.

Tidak dinafikan, memang harganya mahal. Ia mahal sebab ada permintaan.

Dan kita selaku pengguna, tentu lebih seronok kalau ia dijual lebih murah.

Bukan senang nak “melahirkan” durian

Saya pernah baca satu artikel tentang perladangan durian yang bermula dari pemilihan tanah, penggemburan, pemilihan anak pokok, penanaman sehingga menjaga anak pokok durian bertahun-tahun hingga ia besar dan menghasilkan buah durian – nampak munasabah harganya mahal. Tak masuk lagi risiko-risiko sepanjang tempoh tersebut.

Durian bukanlah makanan asasi. Masukkan ia sebagai kos “entertainment”. Jika tak mampu, tak perlu beli. Beli hanya dengan duit lebihan.

Saya bukanlah peniaga durian. Tapi saya tak seronok melihat gambar-gambar peniaga durian dari kalangan orang Islam kita, kena kecam disebabkan “jual harga Yahudi”.

Patutnya kita seronok melihat Muslim berniaga dan maju. Jika kita tak mampu berbelanja di sini, jangan kita mengutuk dan menyindir mereka.

Kita doakan mereka maju dan untung besar dengan cara yang halal. Kelak keuntungan mereka akan kembali kepada ummah melalui zakat, waqaf, sedekah. Inilah BMF Advance, melahirkan lebih ramai usahawan Muslim.

Paling tidak, peniaga-peniaga durian dari kalangan orang Muslim kita ini, keuntungan mereka kelak digunakan untuk mereka dan keluarga mereka serta zakat untuk kegunaan umat Islam, bukannya kepada Missiniori Kristianisasi.

Jom belajar ilmu kewangan secara PERCUMA di t.me/afyanIFP

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Di petik dari FB Noraini Othman Seperti yang dijanjikan pada…