Ejen hanya bertindak sebagai pengantara
Ejen takaful hanyalah sebagai pengantara klien dengan pihak syarikat.
Kontrak sebenar adalah antara klien dengan syarikat, bukan dengan ejen.
Berikut adalah tulisan dari FB Tuan Muhammad Ridhuan Abdul Malik berkenaan sedikit nasihat kepada para pencarum takaful.
“Bukan mencarum dengan saya..”
“Terima kasih pada tuan sebab sudi memilih saya sebagai Perunding Takaful tuan. Insyaallah saya akan beri khidmat saya sebaiknya.”, kata saya kepada klien.
.
Tambah saya lagi,”Tetapi saya ada satu pesan yang sangat penting kepada tuan, jujurnya kita tidak tahu siapa dulu yang akan Tuhan jemput. Boleh jadi saya dulu, jadi saya sangat berharap andai kata tuan mendapat tahu jika saya yang pergi dulu, saya harap tuan dapat teruskan caruman tuan. Tuan mencarum dengan Syarikat bukan dengan saya. Saya hanyalah sebagai pemudahcara dan orang tengah bagi pihak tuan dan syarikat.”
.
Pengalaman saya pernah jumpa kawan yang mencarum takaful tapi berhenti di pertengahan jalan disebabkan ejen dia berhenti dari menjadi ejen.
.
Akhirnya dia kata,”Dah ejen aku kata dia dah tak jadi ejen, jadi aku pun berhenti lah bayar.”
.
Perlu kita ingat yang kita mencarum dan bayar itu kepada Syarikat bukan ejen.
.
Ejen hanya bertindak sebagai pemudahcara saja. Dan jangan korbankan masa depan gara-gara seorang manusia.
Muhammad Ridhuan Abdul Malik
Infaq Consultancy
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran