Emas perhiasan vs gold bar
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/05f789f9-c7dc-497a-afa1-ce6c36db6f92.jpg?resize=678%2C678&ssl=1)
“Tuan, saya nak beli emas. Mana yang lebih bagus, beli barang kemas atau gold bar?”
Ada yang tanyakan soalan macam ni. Demi nak berlaku ada, Min pun jawablah,
“Dua-duanya pun bagus”
Bukan apa, kalau tak kata salah satu sahaja yang bagus, memang tak adil sebab kedua-duanya ada fungsinya yang tersendiri.
Kelebihan gold bar berbanding barang kemas.
1. Spread gold bar lebih rendah berbanding barang kemas.
2. Gold bar tidak ada upah berbanding barang kemas yang semestinya akan dimasukkan kos upah. Gold bar biasanya ada caj premium dan ia jauh lebih murah.
3. Gold bar boleh dibeli secara online. Kalau barang kemas biasanya kena belek dan belai dulu supaya serasi.
4. Harga jual balik gold bar lebih tinggi dan ini ada kaitan dengan hujah nombor satu di atas. Apabila spread rendah maka harga jual balik lebih tinggi.
5. Gold bar selalunya dijual dengan harga berat nombor bulat tanpa perpuluhan. Kalau jenis yang dinar tu baru ada nilai perpuluhan.
6. Gold bar masih boleh dibeli dengan harga tinggi sekalipun calar / patah berbanding barang kemas. Tapi ciri ini tidak terpakai jika kita beli gold bar Kijang Emas yang dikeluarkan BNM.
Apapun, emas barang kemas pun ada kelebihan tersendiri yang tiada pada gold bar, antaranya;
1. Barang kemas boleh dipakai oleh wanita. Pernah tengok orang perempuan pakai gold bar? Tak pernah kan? Hahaha
2. Jika suami beli barang kemas, tentu sang isteri lebih sayang berbanding sang suami beli gold bar. Cuba tanya isteri masing-masing?
3. Zakat barang kemas berbeza zakat gold bar. Nisab zakat barang kemas ialah 800 gm manakala nisab gold bar pula ialah 85 gm. Maknanya, jika memiliki gold bar melebihi 85 gm sudah wajib membayar zakat emas tapi jika barang kemas hanya wajib jika melebihi 800 gm. Hampir 10 kali beza!
“Kesimpulannya tuan?”
Dua-duanya bagus sebab masing-masing ada fungsi yang tersendiri. Kalau beli emas untuk dipakai, belilah emas perhiasan.
Kalau beli emas untuk disimpan, belilah emas goldbar.
Yang penting beli emas wajib dapat emas, bukan SEMATA-MATA dapat kertas sahaja.
Jika dapat kertas sahaja, itu mungkin riba. Jika dapat duit bulan-bulan, itu CONFIRM emas sc@m.
Dan yang paling rugi ialah orang yang hanya kaji, survey dan buat analisa tapi langsung tidak ambil tindakan.
-Min AM-
Sumber dari FB INFAQ Consultancy
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran