fbpx

BIMB-Arabesque i Global Dividend Fund 1

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 361Words
  • 414Views

Baru beberapa hari lepas saya kongsikan tentang dana ini, hari ini terbaca notis dari BIMB Investment

“Jika dahulu dana ini hanya dibuka untuk pelabur sofistikated, kini ianya dibuka untuk semua! Dengan jumlah pelaburan permulaan yang telah diturunkan kepada serendah RM500 sahaja, anda sudah boleh melabur di dalam dana Shariah-ESG Global Ekuiti ini! Hubungi kami di talian 1 800 88 1196 untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Status saya beberapa hari lepas;

BIMB-Arabesque i Global Dividend Fund 1

2 tahun lepas saya kongsikan dana ini.

Dana unit trust pertama di Malaysia menggunakan fund manager robot a.k.a Artificial Intelligent.

Dana ini baru 2 tahun jagung dipasarkan di Malaysia dan mencatatkan pulangan memberangsangkan.

Ia dilaburkan ke market global, buat masa sekarang banyak di Amerika Syarikat serta Jepun, Kanada, Findland, Hong Kong dan lain-lain.

Prestasi dana ini;

  • 3 bulan – 0.38% (NEGATIF)
  • YTD 11.08%
  • 1 tahun 1.89%
  • 3 tahun 8.27%

Rekod pulang YTD & 3 tahun menarik.

Rekod 3 bulan, negatif manakala untuk setahun hanya 1%++

Dalam situasi market tak menentu sekarang ini, ia dikira baik berbanding dana lain dalam kategori sama dan kategori lain terutamanya ekuiti tempatan yang volatil.

Dana ini dikhususkan untuk pelabur sofistikated dengan modal minima RM30,000.

Pelaburan untuk jangka masa panjang.

Status saya pada Oktober 2017;

Hari ini berguru dgn Mr Gabriel Karageorgiou daripada Arabesque Asset Management, daripada United Kingdom.

Beliau berkongsi tentang pelaburan dana BIMB-Arabesque yg menggunakan Artificial Inteligent (AI).

Dana ini dipasarkan dgn kerjasama BIMB Investment Management Berhad, satu-satunya dana unit trust yg menggunakan teknologi Artificial Inteligent ini.

Ciri unit dana ini ialah, fund manager bagi dana ini ialah “robot”. Ya, robot AI yg mengurus dana ini.

Dengan teknologi AI atau kepintaran buatan ini, ia membolehkan syarikat mewujudkan gabungan saham terbaik daripada keseluruhan 77,000 syarikat senaraian global untuk membentuk portfolio sehingga 100 saham setiap hari melalui penggunaan lebih 1,600 kriteria pilihan yang menilai lebih 100 bilion titik data.

Berdasarkan Bloomberg, rekod pulangan dana ini ialah 18% setahun dengan rekod pulangan “year to date” 12.7%.

Dalam brochure BIMB, ada tertulis dana ini pernah memberi pulangan 39% setahun!

Modal minima utk memulakan pelaburan melalui dana ini ialah RM30,000.

Jika Tuan-Puan ada duit lebihan RM30k, boleh pertimbangkan dana ini 🙂

Sesuai utk jangka masa panjang, 5 tahun ke atas.

Nota: Past performance doesn’t indicate future result.

Berminat? Isi borang disini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Harga rumah menjadi tidak mampu milik adalah disebabkan kenaikan pendapatan…