fbpx

Emas: Simpanan atau pelaburan?

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 224Words
  • 297Views

Tak dapat dinafikan, zaman tok nenek kita simpan emas dulu tak fikir pun sama ada ia simpanan atau pelaburan.

Sebab zaman tersebut tak ada ejen-ejen emas yang misleading mengatakan harga emas takkan jatuh, emas kalis inflasi, emas takkan rugi, tukar wang emas dengan wang kertas dan seumpamanya.

Juga tak ada ejen ajar buat untung emas dengan cara letak dekat pajak gadai, ejen ajar emas lipat 10 kali, ejen promote emas leverage.

Beli emas tu bagus. Nak simpan emas tu pun bagus.

Tapi yang jadi tak bagus apabila promote emas dengan cara memburukkan instrumen kewangan lain, walhal setiap satu instrumen ada kelebihan dan kekurangan.

Kalau nak ceritakan pasal kekurangan wang fiat, ceritakan sekali kekurangan yang ada pada emas.

Atas dasar itu, dalam konteks pengurusan kewangan diasingkan antara simpanan dan pelaburan.

Simpananan adalah untuk tujuan kecemasan, jadi ia mempunyai 3 ciri:

  • Mudah dicairkan
  • Tiada sebarang caj
  • Tiada risiko turun harga

Kenapa 3 ciri ini penting? Berbalik kepada tujuan simpanan adalah untuk kecemasan. Supaya apabila berlaku kecemasan, ia mudah dicairkan dan tidak rugi dari sudut kos.

Emas tidak menepati ciri simpanan dalam konteks pengurusan kewangan dan ia adalah PELABURAN.

Ia ada naik turun harga. Ia ada risiko harga jatuh. Ia ada risiko hilang. Ia juga ada risiko dipalsukan.

Dalam masa sama ia juga ada potensi kenaikan harga yang menguntungkan dalam jangka masa panjang.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"TAHUN NI LAST UNTUK CONTRACTED SEBAGAI TAKAFUL ADVISOR!! Tahun depan…