fbpx

Ezzul Harris sembang kencang tapi takut apabila diajak diskusi live

  • 10 months ago
  • 4Minutes
  • 610Words
  • 788Views

Oh, baru tahu….. 🤣🤣🤣🤣

Dia kata Dr Zaharuddin takut nak jumpa dia. Tapi hakikatnya, dia yang takut nak berdiskusi secara live.

Saya dah banyak kali ajak, ada sahaja alasan diberikan. Alasan paling latest, katanya sebab saya dah buat dengan Dato’ Manap, bekas CEO Bank Muamalat.

Untuk makluman Sdra Ezzul Harris, sepanjang diskusi 2 jam saya dengan Daro’ Manap, tidak ada satu patah daripada mulut beliau mengatakan bahawa perbankan Islam riba haram dan riba.

Sebaliknya, Datok Manap dengan jelas menyatakan bahawa beliau bukan seorang ulama, jadi dalam hal hukum, perlu merujuk kepada alim ulama. Beliau juga mengakui bahawa sedang membangunkan model kewangan sendiri dan mempunyai penasihat syariah.

Untuk makluman semua, saya pernah tawarkan sesi diskusi secara live kepada Sdra Ezzul, pada awalnya nampak berani tapi apabila saya ingin sahkan, dia terus blok saya di Tiktok.

Rupa-rupanya alasannya ialah, saya sudah adakan sesi yang sama dengan Dato Manap dan tiada sebarang perubahan. Untuk makluman, sesi tersebut bukan untuk membuatkan sesiapa berubah. Ia sesi dialog Dato Manap dengan netizen.

Sebaliknya, Datok Manap dalam sesi tersebut dengan jelas menyatakan bahawa beliau bukan seorang ulama, jadi dalam hal hukum, perlu merujuk kepada alim ulama. Beliau juga mengakui bahawa sedang membangunkan model kewangan sendiri dan mempunyai penasihat syariah.

Video rakaman live sesi tersebut masih ada di YouTube untuk tatapan umum sejak kali pertama ia diadakan.

Malah, tajuk sesi live tersebut yang pada asalnya saya cadangkan “Perbankan Islam Haram?”, telah diubah kepada “Perbankan Islam Membawa Kemudaratan Kepada Rakyat?” atas permintaan pihak Datok Manap.

Saya harap hormati cadangan beliau, walaupun sebenarnya saya mahukan tajuk “Perbankan Islam riba dan haram”.

Jadi, sekali lagi saya ingin menawarkan kepada Sdra Ezzul Haris untuk menerima jemputan ini diskusi live bagi memberikan hujah bahawa perbankan Islam adalah haram dan ada riba.

Sesi live tersebut bukan sesi perdebatan. Saya akan bertindak sebagai moderator, di mana Sdra Ezzul Haris dapat menyampaikan hujahnya dan diikuti dengan sesi soal jawab oleh para hadirin melalui ruang komen.

Saya hanya akan membaca soalan-soalan yang diajukan dan Sdra Ezzul Haris perlu menjawab. Ini bukan sesi perdebatan.

Namun jika Jada keinginan untuk mengadakan sesi perdebatan, saya tidak akan menolak. Boleh cari pihak penganjur yang sesuai.

Tawaran ini juga saya buka kepada semua pihak yang anti bank Islam. Seperti yang kita sedia maklum, saya adalah seorang yang memperjuangkan perbankan Islam. Oleh itu, tidaklah mudah bagi saya untuk memberikan peluang sebegini kepada mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza.

Sebelum ini, saya pernah menawarkan sesi live kepada golongan yang terlibat dalam forex dan tawaran tersebut diterima. Saya juga pernah menawarkan kepada Datok Manap dan beliau menerimanya.

Jadi kali ini saya ingin menawarkan kepada sesiapa sahaja yang suka mengkritik perbankan Islam dan mengatakan bahawa perbankan Islam adalah haram dan ada riba untuk turut serta dalam sesi live di platform saya.

Tawaran ini hampir mustahil untuk berlaku dalam situasi lain, seperti dalam arena politik.

Mustahil bagi Dato’ Sri Anwar Ibrahim menjemput Tok Guru Haji Hadi atau Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk muncul dalam sesi live di platform Pakatan Harapan. Begitu juga, mustahil bagi Tok Guru Haji Hadi atau Tan Sri Muhyiddin Yassin menjemput Dato’ Sri Anwar Ibrahim untuk memberi ucapan dalam majlis Perikatan Nasional.

Dengan ini, sekali lagi saya ingin sampaikan tawaran ini kepada Sdra Ezzul Haris, walaupun saya dapat meramalkan jawapan dan alasan yang akan diberikannya.

Tawaran ini tidak ada kaitan dengan bisnes takaful atau buku saya. Jika saya hanya mencari pelanggan untuk takaful, tidak perlu membuat program yang tidak berkaitan dengan takaful.

Jangan hanya berani bersuara di TikTok dan Facebook, tetapi tidak bersedia untuk turut serta dalam sesi live. Janganlah menjadi seperti ayam jantan yang berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi.

Takkan hanya berani sembang di gelanggang sendiri kan?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Akhirnya, rahsia saya dibocorkan. Maka saya terpaksa buat pengakuan secara…