fbpx

“Saya Langgan ASB Financing, Wajar Atau Tidak Untuk Mohon Moratorium”

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 383Words
  • 733Views

Semalam dalam sesi sembang-sembang di Twitter Space, ada satu soalan yang dikemukakan:

“Saya langgan ASB Financing, wajar atau tidak untuk mohon moratorium”

Ini jawapan saya. Kalau salah, tolong betulkan.

1. Dalam strategi untuk memaksimakan ASB Financing, ialah pilih pakej yang paling panjang tempoh pembiayaan dan paling rendah kadar profit bank.

2. Kenapa? Supaya bayaran bulanan makin rendah, dan margin keuntungan di antara keuntungan tahunan ASB dengan ansuran lebih besar.

3. Kadar keuntungan (dalam istilah konvensional disebut sebagai “Interest”) bank untuk ASB Financing sekarang ialah 3.45% dan tempoh maksima sehingga 40 tahun.

4. Dalam pelaburan ASB Financing, ada 2 strategi paling ampuh iaitu

a. Strategi rolling dividen
b. Startegi bayar ansuran macam biasa tanpa usik dividen

5. Untuk keuntungan maksima, strategi bayar ansuran macam biasa tanpa usik dividen adalah startegi paling ampuh. Kebanyakan startegi lain seperti pairing dengan kereta, pairing dengan rumah, pairing dengan emas dan seumpamanya adalah pecahan daripada startegi rolling dividen.

“Jadi, perlu ambil tak moratorium untuk ASB Financing ni?”
“Rileks, baca sampai habis. Saya ceritakan konsep dahulu supaya mudah nak faham apa implikasi setiap pilihan.

6. Kita ambil satu sampel kes: bayaran ansuran bagi sijil ASB bernilai RM200,000 dgn kadar keuntungan 3.45% dan tempoh 40 tahun, adalah RM769 sebulan, menjadikan total ansuran tahunan adalah RM9,228

7. SEKIRANYA pulangan tahunan ASB adalah 5%, maka pelanggan akan menerima RM10,000 yakni lebih tinggi daripada bayaran ansuran. Dalam masa sama, principal hutang tadi dah semakin berkurangan.

8. Sama ada pelanggan mengambil moratorium, tidak memberi kesan kepada pulangan sijil ASB. Jadi, dengan mengambil moratorium, total ansuran tahunan akn menjadi lebih rendah, sekaligus margin keuntungan semakin besar.

9. Akhir sekali kita bandingan 2 kes di bawah:

Kes 1: Ambil moratorium

Ansuran 6 bulan: RM796 x 6 = RM4,614

Pulangan ASB 5%: RM10,000

Kes 2: Tak ambil moratorium

Ansuran 12 bulan: RM9,228

Pulangan ASB 5%: RM10,000

Pengurangan prinsipal bagi kes 2 lebih tinggi sebab bayar ansuran macam biasa.

Jadi, mana yang lebih untung?

Bagi jawapan dulu, nanti saya update kesimpulan saya. Sementara tu, boleh komen, like dan kongsikan.

UPDATE: Sebagaimana ditulis dari awal, strategi untuk memaksimakan ASB Financing adalah dengan cara

a. Mengminimumkan ansuran, dan
b. Bayar ansuran macam biasa tanpa rolling dividen.

Jadi, moratorium adalah peluang untuk mengminimumkan ansuran dalam masa sama, pastikan selepas dapat dividen kelak, biarkan ia terkompaun dan beranak-pinak. Barang diingat, apabila kaedah ini dipilih, tempoh pembiayaan akan jadi lebih panjang.

Nak ASBF paling rendah di dunia? Klik di sini

https://afyan.com/asb-financing-paling-rendah-di-dunia.html/

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kegawatan ekonomi, apabila berlaku, ia bukan di dalam kawalan kita.…