fbpx

Faham Takaful

  • 3 years ago
  • 1Minute
  • 185Words
  • 289Views

Dipetik dari FB Asyraf Naim

FAHAM TAKAFUL

Pagi ni ada seorang sahabat mesej saya untuk tanya pasal quotation untuk takaful, dia bagitahu dia dah ada ILP (Investment Linked Policy) Medical, dan dia tengah cari produk Family Takaful (Takaful Keluarga).

Terma Family Takaful dan ILP Medical ni jarang ejen guna, apatah lagi prospek. Untuk Family Takaful @Takaful Hayat, ejen selalu gunakan perkataan Hibah, padahal Hibah itu maksudnya ialah pemberian semasa hidup, bukan produk, sampai semua orang pun panggil Hibah.

Jadinya prospek saya kali ini saya andaikan dia sangat memahami kategori produk Takaful dan lebih memudahkan saya untuk membantu dia. Saya hanya perlu tahu jumlah perlindungan dan tempoh perlindungan yang dia inginkan. Dia kata buat scenario RM500K dan RM1 juta.

….

Biasanya untuk sesiapa yang nak ambik takaful tapi bajet terhad, saya cadangkan ambil pampasan untuk kematian/lumpuh/sakit kritikal dulu, kalau ada duit lebih baru tambah kad perubatan, sebab kad perubatan masih ada alternatif iaitu hospital kerajaan.

Pampasan kematian/lumpuh/sakit kritikal penting sebagai perlindungan pendapatan untuk kita dan tanggungan kita jika kita ditimpa musibah berkenaan.

Asyraf Naim

INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Tuan Muhammad JANGAN CERITA TENTANG TAKAFUL Nak…