fbpx

Fahami Liberalisasi Insurans Motor

  • 6 years ago
  • 1Minute
  • 145Words
  • 310Views

Premium insurans dan takaful kenderaan tidak akan lagi sama selepas ini. Ia akan berbeza-beza mengikut syarikat, apabila berlakunya LIBERALISASI INSURANS MOTOR bermula 1 Julai.

Apakah LIBERALISASI INSURANS MOTOR?

Liberalisasi insurans motor bermaksud harga produk insurans motor tidak akan lagi ditentukan berdasarkan Tarif Motor (senarai harga yang telah ditetapkan). Harga produk insurans motor akan ditentukan oleh setiap penanggung insurans dan pengendali takaful.

Pengguna kini boleh menikmati pilihan produk insurans motor yang lebih luas pada harga yang kompetitif memandangkan liberalisasi menggalakkan inovasi dan persaingan antara penanggung insurans dengan pengendali takaful.

Penanggung insurans dan pengendali takaful boleh mengenakan premium yang berpadanan dengan faktor risiko yang lebih luas yang sedia ada dalam kumpulan pemegang polisi yang diinsuranskan dan juga menjual produk-produk baharu yang tidak ditetapkan di bawah tarif.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Bacaan lanjut: Rujuk grafik dari BNM ini.

Follow FB Afyan Mat Rawi
Telegram https://t.me/tipsRM

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Interview oleh wartawan The Star, berkenaan isu liberalisasi insurans kenderaan.…