fbpx

17 Tahun Dalam Industri Takaful dan Kewangan

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 464Words
  • 369Views

Tahun ini tahun ke-17 saya dalam industri takaful dan kewangan Islam.

Setia dengan satu syarikat takaful sejak tahun 2003. Dari tahap ejen cabuk hingga kini pun masih ejen cabuk sebagai Group Agency Manager. Lebih 10 negara dah melancong percuma

Mencuba bisnes unit trust pada tahun 2009 dan melompat-lompat dari satu kompeni ke satu kompeni lain, sehingga 3 kompeni. Semua ke laut kecuali satu sejak 2015 sebagai ejen hingga kini sebagai Group Financial Manager. Dapat dua kali melancong percuma.

Pernah juga cuba buat bisnes pusaka. Menerima nasib yang sama dengan bisnes unit trust tadi, tapi lagi dahsyat. Lompat 4 kompeni hingga yang terkini awal tahun ini. Tak ada sebarang kejayaan lagi di sini.

Apapun, bisnes takaful masih menjadi prioriti.

Ramai yang follow saya tak tahu pun saya ejen takaful. Hahahah!

Ia memmag disengajakan.

Setuju tak kalau saya katakan, ramai orang yang “alergik” dengan ejen takaful?

Kalau nampak kaunter atau booth takaful ketika berjalan-jalan di super market atau karnival, sanggup ikut jalan lain demi untuk mengelakkan dari lalu depan mereka.

Kalau terima call dari ejen takaful pun cepat-cepat letak telefon.

Dan ejen takaful pun “malu” nak mengaku mereka ejen takaful.

Dalam bisnes kad tak letak pun position “ejen takaful”.

Biasa letak sebagai wealth planner, life planner, wealth consultant, financial consultant.

Malah ejen takaful pun susah nak meyakinkan produk takaful sebagai alat perlindungan kewangan. Sebab tu ada yang terpaksa goreng cerita takaful ada simpanan dan pelaburan.

Sebab bisnes takaful adalah bisnes yang penuh dengan rejection.

Dan ketika saya menyertai bisnes ini saya seorang yang sangat pemalu dan takut dengan rejection.

Saya malu nak approach orang. Segan nak cakap kat kawan-kawan “aku ejen takaful”.

Jadi apa yang saya buat ialah dengan mulakan pemasaran secara online iaitu blog. Saya mulakan sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Alhamdulillah dengan cara itu, berkekalan sampai sekarang dan tak perlu menghadapi banyak sangat rejection sebab bukan lagi kita cari orang tapi orang cari kita.

Tak percaya? Cuba Google perkataan berikut di Google, nescaya akan jumpa beberapa tulisan dari blog-blog saya: personal nama saya dan blog Rahsia Takaful

– takaful ikhlas
– medical card takaful ikhlas
– mediplan takaful ikhlas
– medisavers
– medisavers takaful
– medical card takaful
– panduan takaful
– panduan memilih takaful
– panduan memilih medical card
– panduan medical card

Dan daripada situ, ia membolehkan saya membina followers dan brand tersendiri.

Kalau saya buat ebook dan video tentang perkara ini, ramai tak yang berminat untuk belajar?

Saya nak tunjukkan sekali, melalui proses branding dan postioning ini, selain bisnes takaful, ia juga boleh mendatangkan income untuk bisnes-bisnes lain.

Contohnya produk e-learning Seminar Bijak Merancang Wang yang saya lancarkan bulan lepas.

Dalam masa sama juga, banyak program-program affilate yang saya sertai mendapat jualan yang tinggi dalam carta Top 10 ejen affiliate.

Semuanya bermula dari personal branding dan online marketing.

Afyan Mat Rawi

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kita buat iklan. Tapi orang tak perasan pun iklan tu.…