fbpx

Fahami perbezaan cara pengiraan zakat ASB di Selangor dan website ASNB

  • 5 months ago
  • 2Minutes
  • 359Words
  • 535Views

Tahukah anda, pengiraan zakat ASB di Selangor (dan beberapa negeri lain), ada sedikit perbezaan dengan kaedah kiraan zakat dalam website ASNB?

Jika dalam website ASNB, zakat 2.5% dikenakan ke atas ke semua keuntungan (dividen dan bonus), tapi di Zakat Selangor jumlah itu perlu “cleansing” atau dibersihkan terlebih dahulu sebelum dizakatkan.

Jadi, di Selangor zakat ASB adalah berbeza-beza setiap tahun bergantung kepada jumlah yang perlu dibersihkan.

Contohnya, jika di dalam akaun ASB ada RM100,000, jika berdasarkan website ASB, jumlah yang perlu dizakatkan adalah RM2,500 tapi di Selangor, ia ada kemungkinan lebih rendah.

Kenapa ada perbezaan?

Kerana ada perbezaan hukum ASB di antara Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

ASNB menggunakan fatwa MFK manakala Zakat Selangor menggunakan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

MFK memutuskan bahawa ASB adalah harus, manakala Fatwa Selangor pula memutuskan ia harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Berdasarkan laman web Zakat Selangor, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja. Namun sekiranya pembayar ingin membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.

Setiap tahun jumlahnya berbeza-beza berdasarkan laporan pelaburan PNB.

2015 – 0%, tiada kadar keuntungan yang tertakluk kepada zakat kerana fatwa terdahulu memutuskan ASB tidak patuh syariah.

  • 2016 – 66%
  • 2017 – 69%
  • 2018 – 72%
  • 2019 – 74.5%
  • 2020 – 74.5%
  • 2021 – 100%

Bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASNB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, selaras dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 3 November 2020.

Perkara ini berkuatkuasa mulai 15 Februari 2021.

Contoh kiraan zakat ASB dalam gambar daripada FB Lembaga Zakat Selangor adalah untuk tahun 2020 iaitu jumlah bersih selepas cleansing sebanyak 25.5% menjadikan jumlah yang perlu dizakatkan ialah 74.25%.

Ia satu perkembangan menarik kerana pada tahun 2021, jumlah pelaburan patuh syariah ASB oleh PNB telah meningkat kepada 100%!

Tahun ini, 2022 kita harapkan perkara sama.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tip berikan bantuan pakaian di musim banjir 1. Bagi pakaian…