Perlu Ada Ilmu Dalam Pelaburan

Saya datang dari masa depan?

Ketika saya tulis status ini 6 tahun lalu, harga rumah naik mencanak-canak.

Ketika itu juga muncul ramai sifu-sifu hartanah. Kelas-kelas hartanah juga muncul bagaikan cendawan.

Ketika itu juga teknik flipping sangat popular sebab ramai yang untuk lebih 6 angka dalam masa hanya beberapa tahun dengan hanya membeli sebuah rumah.

Teknik multiple submission juga sudah diperkenalkan ketika itu untuk menggandakan keuntungan dari 6 angka menjadi 7 angka.
Semua itu benar.

Pelabur hartanah untung 6 angka itu benar dalam masa kurang 5 tahun itu benar.

Pelabur hartanah jadi jutawan dalam masa yang singkat itu benar.

Ramai peserta membanjiri seminar dan kelas hartanah yang dianjurkan oleh sifu-sifu hartanah yang muncul tadi. Tapi yang kekal konsisten berkongsi tentang hartanah hingga sekarang, boleh dibilang dengan jari.

Dah lah boleh dibilang dengan jari, bergaduh pula tu. Siap saman menyaman. Siapa yang jadi mangsa?

Saya banyak kali pesan, berhati-hati jika melabur dalam pelaburan yang sedang trending. Bukan larang, tapi pesan. Bukan halang, tapi beri peringatan.

Sebab? Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang kewangan selama 17 tahun, saya ada satu teori tersendiri yang saya pegang:

  • Jika sesuatu itu ramai orang beli / dapatkan, lama kelamaan ia akan naik. Ketika ramai orang nak dapatkan, ia memang boleh naik mencanak.
  • Apabila sudah ramai yang dapatkan, permintaan akan mula berkurang.
  • Apabila permintaan kurang, harga dan nilainya sudah tidak boleh naik lagi tinggi. Ia juga boleh turun.
  • Yang sudah tersangkut di pucuk, akan hold. Jika ada simpanan yang kukuh, boleh teruskan. Jika tidak? Terpaksa lepaskan.
  • Jika holding power tak kuat, kena lepaskan. Nak lepaskan dengan harga asal, susah. Jadi terpaksa lepaskan dengan harga yang lebih rendah dan RUGI.

Ia bukan hanya berlaku dalam hartanah. Ia boleh jadi berlaku dalam semua aspek pelaburan dan perniagaan.

 

Sebagai contoh semasa, cuba tengok face mask. Berapa harga setahun lepas, masa krisis Covid-19 mula muncul.

Kemudian tengok pula berapa harganya ketika PKP bulan Mac – Mei lepas.

Kemudian bandingkan pula harga sekarang.

 

 

Ia turut berlaku dalam pelaburan emas baru-baru ini. Orang panik dan membeli. Selepas sudah ramai beli, ia mula turun dan tidak ramai pula beli. Walhal, beli waktu harga rendah lebih untung.

Sama juga dalam pelaburan saham. Tengok trend beberapa kaunter yang orang berebut ketika ia sedang naik. Berapa ramai yang terciduk ketika di pucuk.

Apa yang saya tulis adalah teori semata. Pembaca boleh buat penilaian sendiri.

Yang pastinya dan fakta, majoriti rakyat Malaysia tidak pandai menguruskan kewangan mereka. Majoriti pelaburan adalah rugi dan balik modal sahaja. Majoriti bisnes tidak mampu bertahan lebih 3 tahun.

Jadi, kenapa kita nak ikut trend? Kenapa nak ikut majoriti?

Nampak tak apa yang saya nak sampaikan?

Kepada rakan yang pernah bertanya soalan di atas pada 6 tahun lepas, sekarang masa sesuai untuk membeli rumah, tambah-tambah lagi selepas moratorium nanti. Dijangka lebih banyak rumah dijual di bawah harga pasaran.

OPR dan BFR juga sedang rendah. Jadi ansuran memang akan jadi rendah. Siapa yg sudah bersedia sejak 5 – 6 tahun lepas, memang akan ambil peluang ini.

Saya jangkakan 3 ke 5 tahun akan datang, kemunculan kembali sifu-sifu hartanah. Simpan lagi mesej ini untuk 5 tahun akan datang.

Cara nak kenal Sifu hartanah tegar, mereka nj dari 5 ke 6 tahun lepas konsisten berkongsi tentang pelaburan hartanah, tidak kira market naik atau turun. Mungkin berbeza cara dan strategi.

Benda ni bukan nujum, bukan pakai mesin masa, bukan pakai teropong ajaib. Ia pakai pengalaman.

Penulisan ini berdasarkan pengalaman peribadi 17 tahun dalam bidang perkhidmatan kewangan. Saya bukan pelaburan hartanah tegar.

Pengalaman ini saya baru bukukan dalam naskhah #bukuBMW Bijak Merancang Wang yang sedang dibuka untuk pra tempahan.
Buku ini mengandungi 7 modul teras dalam kewangan berdasarkan pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang ini.

Dari aspek aliran rumah, aset, hutang, simpanan, takaful, pelaburan, cukai, zakat, hingga ke faraid dan pengurusan pusaka.

Boleh dapatkan di www.bukuBMW.com. Buku ini mengandungi 320 halaman berwarna dengan harga Super Palestin.

Bijak Merancang Wang

Untuk 1,000 pertama, akan dapat sekali video rakaman Live Seminar Bijak Merancang Wang 2020 dengan durasi 5 jam non-stop.
Klik link di sini
Klik link di sini
Klik link di sini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi