fbpx

Fahami Takaful

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 318Words
  • 462Views

Dipetik dari FB Rashid Mohaimin

Nak faham Takaful ni senang je. Bila mati keluarga dapat pampasan. Bila sendiri kena cacat kekal sendiri la dapat pampasan.

Kalau langgan pelan medical card kos-kos penghospitalan akan ditanggung oleh kad. Ada pelan medical card yang boleh “customize” ada yang dah “fixed”.

Ada pelan medical card yang disertakan dengan pampasan kematian dan cacat kekal dan ada juga yang “stand alone”. Biasanya pelan “stand alone” lebih murah dan ada kenaikan bergantung kepada syarikat Takaful tersebut.

Ada juga pelan Income Protection yang boleh “customize”. Nak tambah elaun hospital boleh, nak tambah manfaat kemalangan boleh, nak tambah manfaat sakit kritikal boleh, nak tambah pengecualian sumbangan bila dah cacat/sakit boleh, semua boleh la. Macam makan nasi berlauk macam-macam lauk boleh tambah kan. Sediakan bajet yang mencukupi je la. Jangan pula pesan nasi bajet tapi nak 10 lauk tak boleh la gitu kan.

Berapa perlu sediakan bajet untuk Takaful ni?

Jika masih bujang sediakan bajet 10% daripada gaji. Dengan 10% tu boleh dapat pakej lengkap Income Protection+Medical Card sekali. Mungkin boleh juga tambah manfaat sakit kritikal, cacat kekal, kemalangan, dan pengecualian bayaran jika disahkan cacat kekal/ sakit kritikal.

Jika sudah berkeluarga kena ambil kira belanja isirumah. Lebih baik dahulukan suami/bapa/pencari nafkah keluarga. Cukupkan Income Protection 10 tahun gaji untuk beliau kerana risiko pencari nafkah adalah lebih tinggi. Bila dah cukup bolehlah tambah pelan medical card untuk ahli keluarga yang lain jika berkemampuan.

Jangan lupa juga buat simpanan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji untuk diletakkan dalam tabung kecemasan. Yela nak masuk hospital pun kena bagi deposit dulu. Kalau takda duit nak bayar dengan apa?

Haa..senang je kan nak faham Takaful ni. Memang tak susah pun.

Kongsikan dengan kawan-kawan, sedara mara, sahabat handai supaya lebih ramai yang faham. Kongsi ilmu tu kan satu amalan yang mulia.

Ok la sampai jumpa lagi di posting akan datang. Till next time!

.

Rashid Mohaimin

INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Fakharuddin Zorkafli 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐃𝐈𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐎𝐍𝐉𝐀𝐊…