Fakta vs teori netizen: Siapa paling lantang, dialah hakim

  • 1Minute
  • 160Words
  • 17Views

Mohon pihak berkuasa untuk memberi peringatan kepada semua pakar patologi, pakar forensik dan para doktor yang berkaitan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi pada waktu ini.

Hal ini dikhuatiri boleh mengganggu kelancaran siasatan yang sedang dijalankan oleh para netizen, terutama mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang palataologi.

Sebagaimana kita maklum, kepakaran netizen merangkumi segala bidang tanpa had disiplin, daripada perubatan sehinggalah ke perundangan, dengan rujukan utama bersumberkan carian Google, hantaran Facebook dan video TikTok dan yang terbaru ChatGPT.

Mereka sedang menyiasat dan akan membawa saksi-saksi baru seperti mesin basuh dan tanggan ke muka pengadilan untuk memberi keterangan di mahkamah.

Justeru, demi menjaga kesucian naratif serta teori yang sedang dibina oleh masyarakat maya, sebarang fakta saintifik yang berbeza pandangan adalah amat tidak digalakkan untuk dibentangkan pada masa ini.

Kerana dalam mahkamah netizen, kebenaran bukan ditentukan oleh fakta atau bukti, tetapi oleh siapa yang paling lantang dan paling banyak mendapat like.

Rakyat (dan netizen) hakim negara!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Tadi saya buat satu posting berkenaan repricing medical card. Ada…