Fingo Guna Nama PPIM ?

Fingo

Mula-mula guna nama PPIM. Katanya “PPIM pun bersama Fingo. Nak kata apa lagi?”. Siap ada gambar Tokki, orang kuat PPIM bersama leader mereka.

Kemudian dinafikan oleh PPIM pada 22 Disember. Rujuk gambar di bawah.

Kemudian, guna pula nama Kementerian Pembangunan Usahawan. Kali ini oleh Boy Iman, yang beberapa kali terlibat dengan skim pelik-pelik sejak bersama Alfafa, DBI dan kali ini Fingo pula.

Ia dinafikan oleh MED pada 23 Disember. Rujuk gambar di bawah.

Harap-harap mereka tak gunakan nama dan gambar saya. Rujuk gambar di bawah.

Siapa yang tiba-tiba terus tengok gambar ini, pastikan klik “view post” supaya baca posting penuh.

Nak buat bisnes, buat betul-betul. Tak perlu tunggang nama pihak lain.

Bisnes yang genuine, orang akan tertarik tanpa perlu buat dakwaan palsu.

Baca tulisan saya tempoh hari di sini

 

UPDATE:

Selepas PPIM dan Kementerian Pembangunan Usahawan, nama mufti Perlis turut digunakan!

Rujuk gambar di bawah.

Nama mufti Perlis turut digunakan. Tengok status di atas.

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com