fbpx

Pepatah Baru Malaysia Baharu

Pepatah Baru Malaysia Baru

1. Bagai Menunggu Tol Simpang Renggam Dimansuhkan
Menggantikan pepatah lama “Bagai Menunggu Bulan Jatuh Ke Riba”

2. Janji PH
Menggantikan pepatah lama “Janji Melayu”.

3. Bagai KJ Dalam Umno
Menggantikan pepatah lama “Bagai Gunting Dalam Lipatan”

4. King Maker Malang
Menggantikan pepatah lama “Lebai Malang”

5. Bagai Membuat Manifesto Di Dalam PRU
Menggantikan pepatah lama “Bagai Menanam Tebu Di Tepi Bibir”

6. Macam PAS dengan AMANAH
Menggantikan pepatah “Macam Anjinh Dengan Kucing”

7. Macam AMANAH dengan DAP
Menggantikan pepatah lama “Macam Isi Dengan Kuku”

8. Mat Sabu Masuk Istana
Menggantikan pepatah lama “Rusa Masuk Kampung”

9. Bagai Umno rindukan PAS
Menggantikan pepatah lama “Bagai Pungguk Rindukan Bulan”

10. Bagai Menunggu Harga Minyak Turun
Menggantikan; Bagai Menunggu Bulan Jatuh Ke Riba

11. Lompat Mulut BN, Masuk Mulut PH
Menggantikan; Lompat Mulut Harimau, Masuk Mulut Buaya

12. Lidah Menteri / Lidah Perdana Menteri
Menggantikan pepatah lama “Lidah Bercabang”. Inspirasi dari ucapan Sdra Rafizi suatu ketika dahulu.

13. Parti Kencing Berdiri, Macai Kencing Berlari
Pepatah lama; Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari

14. Bagai PAS Di Dalam Parlimen
Menggantikan pepatah lama: Bagai Melukut Di Tepi Gantang

15. Indah Manifesto Daripada Pelaksanaan
Menggantikan pepatah lama; “Indah Khabar Dari Rupa”

16. Tun M Jadi PM Dua Kali
Menggantikan; Pisang Berbuah Dua Kali

17. Seperti Macai Kepanasan
Menggantikan “Seperti Cacing Kepanasan”

18. Sepandai-pandai Jamal Melarikan Diri, Akhirnya Ditangkap Polis Indonesia Juga
Menggantikan; Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua

19. Sudah Kalah Ditinggalkan Parti Komponen
Menggantikan; Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

20. Bagai SST Menggantikan GST
Menggantikan; Bagai Tikus Membaiki Labu

21. Mendengar Manifesto Ditabur, Undi Pangkah PH
Gantikan; Mendengar Guruh Di Langit, Air Do Tempayan Dicurahkan

22. PH Menang, Pembangkang Bertaut
Menggantikan pepatah lama; Biduk Lalu Kiambang Bertaut.

23. DAP Naik Kerajaan
Menggantikan; Kaduk Naik Junjung

24. Alang-alang Menjadi PM, Biar Sampai Jadi Jutawan
Menggantikan; Alang-alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan

25. Ke Mana Tumpahnya BN Jika Tidak Ke PH
Gantikan; Ke Mana Tumpahnya Kuah Jika Tidak Ke Nasi

26. Kalau Kerusi Tak Cukup Banyak, King Maker Isah Diduga
Ganti; Kalau Kail Panjang Sejengkal, Lautan Dalam Usah Diduga

27. Menang Jadi PH, Kalah Jadi BN
Gantikan: Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu.

28. Habis PRU, Manifesto Dibuang
Gantikan: Habis Madu, Sepah Dibuang

29. Alang-alang Kencing Biar Basah
Gantikan; Alang-alang Mandi Biar Basah

30. Takkan Lari MP Dikejar
Gantikan; Takkan Lari Gunung Dikejar.

31. Jauh-jauh MP Keluar Dewan, Akhirnya Kembali Ke Dalam Dewan Jua.
Gantikan pepatah lama; Tinggi-tinggi Burung Terbang, Akhirnya Kembali Ke Belakang Kerbau Jua.

32. Diberi Tommy Thomas, Nakkan Richard Malanjum
Ganti “Diberi Betis Nakkan Peha”.

33. Harapkan PM, PM Makan Wangyu
Ganti “Harapkan Pagar, Pagar
Makan Padi”

34. Kecil-kecil Parti AMANAH
Gantikan “Kecil-kecil Cili Padi”

35. Kasut sama hitam, hati lain-lain
Gantikan: Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Jika ada cadangan tambahan, boleh berikan komen di bawah.

Afyan Mat Rawi
Guru Bahasa Melayu Baru

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com