FAQ – Tersontot Di Pintu Shorga
(1)
SOALAN: Kenapa guna perkataan “tersontot”, bukankah ia membawa makna yg kurang sopan / lucah.
JAWAPAN:
Ia bergantung kepada konteks.
Macam perkataan “berahi”, “kopek”, jika diguna dalam konteks berbeza ia membawa maksud berbeza. Ia boleh jadi perkataan lucah, dan boleh jadi perkataan biasa.
Tapi jika kepala otak orang yg baca memang pemikiran lucah, bagi perkataan apa pun dia nampak lucah.
Berbalik kepada soalan, ia membawa maksud mengalam keperitan, kesusahan, kena tipu, kena scam, dan seumpamanya. Perkataan sontot membawa maksud yg paling tepat ukt menggambarkan gabungan situasi-situasi yg disebutkan tadi.
(2)
SOALAN: Kenapa eja “shorga”? Bukankah ejaan sebenar ialah “syurga”? Lagipun perkataan syurga adalah perkatan suci dalam Islam dan tajuk ini telah mencemarkan maksud syurga.
JAWAPAN:
Ia memang disengajakan. Ia menggambarkan syurga khayalan.
Kerana, majoriti skim-skim sebegini menggunakan modal dan elemen agama utk mempengaruhi peserta baru.
Istilah-istilah Arab seperti hibah, wakalah, patuh syariah, wadiah, baqarah, khinzir digunakan utk mengaburi syurga khayalan mereka yg haikatnya adalah neraka.
Malah ada yg siap declare ada penasihat syariah. Ish, ish, ish…
Jadi, memang tepat istilah shorga itu digunakan. Perkataan syurga terlalu suci utk utk digunakan.
Siapa kata perkataan syurga adalah perkataan suci dalam agama Islam?
Ia adalah perkataan pinjaman dari bahasa Sanskrit.
(3)
SOALAN: Berapa harga buku ini?
JAWAPAN:
Ia dibuat utk jualan amal utk mengumpul dana utk kerja-kerja melawan scammer dan penyontot.
Asalnya saya menulis di blog sejak tahun 2006 tentang tip-tip kewangan, takaful, pelaburan, wasiat dan juga sesekali mendedahkan skim-skim too good to be true sebegini.
Kemudian apabila muncul FB ia menjadi lebih mudah dan viral.
Asalnya sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya sebagai seorang perunding dalam bidang servis kewangan, rupa-rupanya ia memakan kos yg agak besar.
Itulah “harga” yg terpaksa saya bayar utk perjuangan menentang scammer ini.
Kos tersebut boleh membeli suku buah rumah Alfafa. Hoho!
Ada juga cadangan utk membuka tabung bantuan, tapi ada kebarangkalian utk dikaitkan dengan kesalahan akta AMLA.
Selepas mendapat nasihat daripada beberapa rakan dan juga peguam, saya buat keputusan ukt membuat jualan ebook ini khusus utk kumpul dana tersebut.
Jika dibuat atas nama “sumbangan”, “derma”, dan seumpama dengannya, ada sedikit implikasi undang-undang dan kalau boleh saya ingin mengelakkannya.
Jadi, saya jadikan ia sebagai jualan amal. Transaksi yg berlaku ialah transaksi jual-beli, bukan derma / sumbanagn / hiah bulan-bulan.
Jika ada yg mahu membuat belian, boleh PM saya.
Tiada harga ditetapkan, ia tanda sokongan Tuan-Puan para pembaca dan bakal pembeli terhadap usaha-usaha saya selama ini.
Doakan saya isitiqamah hingga kemenangan.
(4)
SOALAN: Ada nak buat buu fizikal?
JAWAPAN:
InsyaALLAH, ada.
Kandungan buku fizikal saya akan usahakan berbeza dengan kandungan ebook.
(5)
SOALAN: Ada nak buat sistem afffiliate?
JAWAPAN:
Amboi-amboi-amboi!
Nanti saya buat sistem affileate, jual ebook ini dengan harga RM30,000 dapat 1000 buah ebook, kemudian boleh dapat hibah bulan-bulan RM1,500.
Kemudian, kita buat sistem binary, kena pairing kiri dan kanan.
Akhir sekali kita sontot sama-sama dan boleh buat ebook “Tersontot Di Pintu Shorga Lagi”. Hoho!
(6)
SOALAN: Dengar-dengarnya ebook ini ingin diangkat ke layar perak dengan menampilakan Neelofa sebagai heroin. Adakah Sdra Afyan juga turut berlakon kelak?
JAWAPAN:
Next question please!
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran