fbpx

First Thing First

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 264Words
  • 433Views

 

Fungsi utama takaful ada untuk perlindungan kewangan. Dalam kewangan, fungsi ini hanya ada pada produk takaful (insurans) sahaja yang tidak ada pada produk kewangan lain seperti akuan bank, unit trust, emas, saham, dan lain-lain.

Jadi, apabila kita melanggan polisi takaful, pastikan cukupkan PERLINDUNGAN untuk MUSIBAH BESAR dalam kehidupan, iaitu;
1. MATI
2. LUMPUH
3. SAKIT KRITIKAL

Dan selalunya sebelum berlaku ketiga-tiga MUSIBAH BESAR di atas, lazimnya akan dimasukkan ke hospital terlebih dahulu.

Justeru, perlunya MEDICAL CARD.

Selepas kesemuanya cukup, jika ada duit lebih bolehlah ambil produk takaful untuk perkara-perkara lain seperti;
– Takaful untuk menunaikan
– Takaful untuk persaraan
– Takaful pendidikan
– Takaful untuk dapat duit setiap 3-4 tahun
– Takaful untuk bersalin
– Takaful untuk elaun hospital

Ia tentang keutamaan dalam kewangan. Dahulukan yang utama kemudian baru kepada perkara sampingan atau aksesori.

Sama seperti kita beli kereta, baru beli aksesori. Bukan beli aksesori tapi kereta tak ada.

Atau kita beli rumah, kemudian baru perabot. Bukan beli perabot, tapi rumah tak ada.

Atau seperti kita beli pakaian, apabila sudah ada baju dan seluar barulah kita beli aksesori lain

Atau beli lauk, tapi tak beli nasi.

Follow Telegram https://t.me/tipsRM utk tip-tip kewangan

BERMINAT untuk mengetahui lebih lanjut?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Satu lagi jenis zakat ialah zakat harta yang terkadang terlepas…